Pertama kali jadi juri Maharaja Lawak Mega, Neelofa tak mahu lihat lawak bodoh

Selepas dua minggu menjadi juri dalam program realiti Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Neelofa mengakui tertarik dengan kumpulan yang membuat lawak bijak.

Pertama kali jadi juri Maharaja Lawak Mega, Neelofa tak mahu lihat lawak bodoh

Pertama kali jadi juri Maharaja Lawak Mega, Neelofa tak mahu lihat lawak bodoh

“Dari segi penjurian, saya ada tanda aras saya. Dari mula persembahan, saya tulis berapa [markah] saya bagi untuk setiap kumpulan yang membuat persembahan.

“Saya punyai cara saya untuk memberi markah. Apa saya hendak ialah lawak yang tidak perlu menjatuhkan maruah atau memperbodohkan diri sendiri.

“Hendak lawak ‘membahan’ boleh cuma tidaklah membahan selalu,” katanya mengulas rancangan yang diacarakan Datuk AC Mizal.

Enggan dilihat pilih kasih dalam penjurian, Neelofa mahu jujur dalam setiap komen yang diberikan kepada peserta selepas persembahan.

“Bila kita sudah tetapkan dalam kepala untuk menilai persembahan, saya tiada masalah.

“Saya sentiasa berikan komen jujur mengenai lawak mereka. Saya tidak pilih kasih dan saya mahu adil kepada mereka,” kata pelakon filem Pilot Cafe. 

MLM 2017 terbitan Astro merupakan pertandingan lawak yang menampilkan 15 peserta dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Dianjurkan tujuh tahun berturut-turut, Neelofa berasa bangga pertama kali dipilih menjadi juri program yang ke udara setiap Jumaat itu.

“Lawak makin matang. Kebanyakan mereka sekarang lebih bijak.

“Itu membuatkan saya bangga untuk berada di kerusi juri dan menonton persembahan mereka.

Ditayangkan secara langsung 10 malam di saluran Astro Warna, peserta yang bertanding merebut hadiah wang tunai RM500,000.

Seperti musim sebelumnya, MLM 2017 menampilkan peserta solo iaitu Danial dan Mad Sabah. Begitu juga Dzawin, peserta dari Indonesia yang menonjolkan isu keagamaan.

Minggu lalu, kumpulan Hobbit dan Mamu disingkirkan selepas mendapat undian terendah daripada penonton.

Sumber: Malay Mail



Sumber Pertama kali jadi juri Maharaja Lawak Mega, Neelofa tak mahu lihat lawak bodoh

Post a Comment

Previous Post Next Post