Umumnya, kita tahu untuk sesuatu berita menjadi tular di media sosial adalah mudah sahaja. Ianya bukan sesuatu yang pelik namun boleh memberi impak yang positif atau negetif kepada netizen dan juga orang yang memuat naik berita tersebut.
Baru-baru ini, telah tular satu tweet yang dimuat naik oleh Yien Asmady (@assyfrn) di laman tweeternya tentang seorang pondan yang mejual nasi lemak di kawasan Bandar Seri Permaisuri, Cheras.
Niatnya, hanyalah untuk bantu mempromosikan gerai nasi lemak pondan tersebut tetapi disalah tafsir oleh sesetengah netizen.
Melalui pemerhatian saya, apa yang ditulis dalam tweet itu tidak ada pun unsur-unsur mengeji atau mengaibkan pondan tersebut. Dia hanya ingin membantu, janganlah kita mudah membuat tuduhan melulu dan mengecam sesuka hati. Ianya akan menimbulkan fitnah.
Dalam pada itu, berita ini mendapat perhatian ramai netizen. Kebanyakannya menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada pondan tersebut kerana apa yang dilakukan olehnya adalah pekara yang baik. Mecari rezeki dengan cara yang halal. Tidak salah disisi agama. Malah ada yang berpendapat, dia seorang yang berani, berniaga tanpa memperdulikan pandangan masyarakat terhadap dirinya.
Namun begitu, masih ada juga segelitir netizen yang tidak beradab terus-terusan suka menghukum orang lain. Daripada kita mengecam, mengeji, dan menghukum orang lain, lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui, kita tiada apa-apa ilmu kecuali yang diberikan olehNya. Selamat bermuhasabah diri.
-pru14.tv-
Sumber Selepas Nasi lemak anak dara, kini tiba giliran Nasi Lemak Pondan pula jadi perhatian