Viral Pengantin pakai baju sekolah ketika bersanding

Bagi mengimbau kembali kenangan ketika bersekolah 12 tahun lalu, sepasang pengantin berusia 24 tahun memakai seragam sekolah pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Jeram, Merbau Pulas, Kuala Ketil, di sini, semalam.

Pengantin pakai baju sekolah

Pengantin pakai baju sekolah

Pasangan terbabit Muhammad Hasifi Azman, 24, dan Siti Nor Zaimah Mat Daut,24, yang berpakaian seragam sekolah menengah menjadi perhatian tetamu yang datang sehingga menjadi tular di media sosial.

Menurut Noor Zaimah, memang itu impian dia dan suami sejak dulu bagi mengimbau kembali kenangan lama ketika bersekolah bersama-sama di Sekolah Menengah Sungai Karangan sejak 2006 .

“Impian itu saya nyatakan pada suami ketika saya dan dia bertunang pada 2015 lalu dan suami bersetuju tambahan 12 tahun saya dan suami kenal iaitu sejak tingkatan satu.

“Saya dengan suami bukan sahaja bersekolah bersama, malah masuk Kolej Universiti Metroplitan Kuala Lumpur (KLMU) pun sama,” katanya ketika ditemui pada majlis kenduri rumah pengantin lelaki di Taman Karangan, di sini, hari ini.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Viral Pengantin pakai baju sekolah ketika bersanding

Post a Comment

Previous Post Next Post