“12 sebab AME tak meletop! Anugerah paling teruk 2017!!!” – Netizen pertikai AME2017 anugerah syok sendiri

IBARAT rumah siap, pahat masih berbumyi– begitulah yang boleh digambarkan mengenai Anugerah Meletop Era 2017 (AME 2017) yang disiarkan pada Ahad lalu.

"12 sebab AME tak meletop! Anugerah paling teruk 2017!!!" - Netizen pertikai AME2017 anugerah syok sendiri

“12 sebab AME tak meletop! Anugerah paling teruk 2017!!!” – Netizen pertikai AME2017 anugerah syok sendiri

Ini kerana, ramai yang mempertikaikan tahap relevan dan keadilan anugerah tersebut yang disifatkan sebagai ‘syok sendiri’ semata-mata tanpa pengisian yang bermakna.

Namun, dalam ribuan komen-komen negatif yang kami baca daripada laman Twitter dan Facebook, satu pemerhatian daripada seorang pengguna Facebook, Haziq Abdullah menarik perhatian kami.

 

Dalam perkongsian yang telah tular sejak semalam itu, Haziq mempersoalkan beberapa aspek-aspek penting yang dipandang remeh oleh penganjur anugerah tersebut.

Antara yang menjadi ‘mangsa’ status tersebut adalah pemilihan Radhi OAG sebagai penghibur pembuka tirai, gaya pemakaian Neelofa, skil pengacaraan Johan yang agak menjengkelkan serta adab terhadap karyawan-karyawan yang lebih senior.

“Antara reason AME tak meletop! Anugerah paling teruk 2017!!!

1. Opening Radhi OAG yg mengarut,dah mcm rupa org kena rasuk saka siap lompat sesuka hati kat crowd tu,syok sndiri brader, better M.Nasir yg perform baru gempak

2. Pakaian host lopa mcm org nak pergi larian amal,tshirt pendek ikat tepi,skirt itam dah mcm reban ayam serama,shawl lilit belakang mcm anak dara basuh pinggan kat dapur.Tak exclusive langsung.Nampak murah sangat.

3. Tak perlu ada Johan,cukup nabil ng lopa tu je,bila ada johan mula la merapu2 meleret2, sikit2 nak tunjuk drama mesra laki bini,dah show kat IG tak pyh la nak show kat public,mcm korang je psangan serasi kunun.poyo la si bini nak enterprem,tak laku masih nak show off.

4. Apa motif nak up kan si Ayda Jabat tu? siap bagi list skandal ayda bagai? cukup la buat psembahan je,tak payah la nak mgedik laki pompuan pegang tangan,siap ada si reza bagai, ni anugerah ke psmbahan teater?

5. Tak perlu ada crowd yg mnjerit2 tepi stage tu, merapu beb,dah 2017 masih ada anugerah yg upah budak2 skolah mnjerit2, tkinja2, ni kalau buat urin test conform ramai yg sangkut.

6. Adap host bila ada karyawan,seniman yg lebih brusia, kenapa ye pak2 lawak skrg suka buat joke yg x alert dgn situasi, nak bgurau dgn Dato yusuf haslam siap ajuk ckp dia,siap panggil lam bagai, dgn Dato M.Nasir siap gelakkan persembahan dia,kata bawak lori la, kamon weh,mereka tu wajar dihormati sb dh bnyak jasa pada industri jgn la 24jam buat lawak bodoh.Sama dgn malek noor,kesian beliau berdiri mcm takde fungsi.Blaja la respek org

7. Rasional panggil “tok wan” smata2 nak tengok beruk2 mrosakkan lagu negaraku yg ntah hape2?? alert la astro oii. Pakcik tua bserban dkelilingi artis seksi, psmbahan tkinja2, bingit..aduh kesiannya dia.bukan that way cara yg betul nk hargai jasa seseorang.

8. Anugerah host spatutnya layak pada dato Ac @ Mat Dan sebab diorang ada rancangan sndiri, apekehal lopa menang sb rancangan taste seleberiti??? kalau menang sb host rancangan meletop ok lagi,ni rancangan yg 1 episod je?? mcm tak kena sangat. Kalau taste seleberiti tu bagi aku yg layak si syatila melvin sb dia buat lagi ummph.tak caya pi tengok.

9. rancangan radio,yg paling layak dan tkesan spatutnya sepahtu sinar,lagi bnyak pngisian,kelaka dan tak mnyakitkan telinga dgn jerit pekik si johan,ray,anip tu.

10. Ada pulak babak drama suri hati dlm anugerah tu?? apa motif astro ng lopa nih?? mcm syok sendiri betul, kamon la lopa jgn la nmpak mcm murah sangat,dah mcm ngkau pulak thegeh2 nak si patah ni, siap perli2 bagai, mcm tdesak pon ade.

11. Anugerah top meletop..Nampak tak mcamana despratenye si lopa nak umumkan pemenang,nak umum sorang2 je, nabil nak tengok pun tak bagi,pastu takdak drum bagai terus announce..patah amin..lol camtu ke bagi anugerah paling top??????

12. boleh pulak si patah plak announce top meletop wanita. Macam dah tau je sape pemenang,siap suh lopa dok tepi siap sedia..weh malu weh..anugerah syok sendiri,dah tau sape menang,mcm takde kejutan. lain kali hangpa hangkut la semua anugerah tu bagi kat hangpa.

* tu je serba-sedikit dari seorang keyboard warrior sbagai pemerhati seni dikejauhan, aku tak tengok live sb tgok bola,aku tgok record je..sendu weh anugerah korang😊😊😊”.

Status yang telah menerima lebih 15,000 likes dan dikongsi 6,882 kali sejak dimuat naik semalam itu telah menerima pelbagai reaksi daripada para netizen, dan sebahagian besar daripada mereka menyokong hujah-hujah penulis status tersebut.

Tak kurang pula, ramai yang akui agak ‘meluat’ dengan gelagat Neelofa yang dikatakan terlajak ‘gedik’ apabila bergandingan di sebelah Fattah Amin.

Bukan itu sahaja, malah penonton juga kecewa dengan cubaan Astro untuk membuat kejutan dengan menampilkan ‘Malique’ menerusi lagu duetnya bersama Dayang Nurfaizah berjudul Pejamkan Mata.

Namun, penonton masih berasa skeptikal jika orang yang bersama Dayang di atas pentas itu meupakan ‘Malique’ yang sebenar atau cuma orang biasa yang ‘berlakon’ menjadi rapper tersebut.

Sepatutnya, majlis anugerah diadakan untuk mengiktiraf usaha anak seni tempatan memperjuangkan bakat mereka. Syarikat penyiaran tersebut perlu lebih serius menganjurkan sesebuah anugerah dan bukan ‘main hentam’ sahaja demia mendapatkan catatan penonton yang tinggi!

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 

 



Sumber “12 sebab AME tak meletop! Anugerah paling teruk 2017!!!” – Netizen pertikai AME2017 anugerah syok sendiri

Post a Comment

Previous Post Next Post