“Ada kawan ayah datang malam-malam,” – Tragis dan pilu! Pengakuan anak bongsu yang terselamat kerana menyorok lepas lihat depan mata sendiri keluarganya disembelih perompak

TIADA siapa dapat membayangkan betapa takutnya perasaan seorang kanak-kanak apabila terpaksa menyaksikan seluruh ahli keluarganya dibunuh secara kejam depan matanya sendiri.

“Ada kawan ayah datang malam-malam,” - Tragis dan pilu! Pengakuan anak bongsu yang terselamat kerana menyorok lepas lihat depan mata sendiri keluarganya disembelih perompak

“Ada kawan ayah datang malam-malam,” – Tragis dan pilu! Pengakuan anak bongsu yang terselamat kerana menyorok lepas lihat depan mata sendiri keluarganya disembelih perompak

Baca: 

Semalam, Mynewshub ada melaporkan insiden pembunuhan kejam lima sekeluarga yang dikelar di kediaman mereka di Medan Deli, Sumatera Utara, Indonesia kira kira jam 9 pagi.

Anak bongsu keluarga berkenaan, Kirana, 4, sempat menyelamatkan diri dengan menyorok di bawah katil.

Katanya pada malam kejadian, dua orang rakan ayahnya merupakan individu yang terakhir dilihat berada di rumah mereka.

 

“Ada kawan ayah datang malam-malam,” katanya pada pihak polis sambil menangis memandang sekeliling.

Menurutnya, dia terus menyorok sebaik sahaja melihat leher abang, kakak dan ibunya menggeluarkan darah yang banyak setelah dikelar dua lelaki berkenaan.

Kirana difahamkan terus menyorok sehingga pengsan dan ditemui keesokannya dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pihak polis.

Sementara itu memetik portal Kompas, ketua kampung Budiono berkata kedua suspek datang ke rumah mangsa kira-kira jam 11 malam dengan menggunakan motosikal.

“Dari maklumat yang diterima, dua lelaki berkenaan berada di rumah mangsa pada jam 11 malam dan datang dengan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Mio,” katanya.

Seluruh ahli keluarga mangsa telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kelurahan Mabar kira kira jam sebelas pagi tadi.

Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan sisatan untuk menangkap suspek dan mana-mana individu yang didakwa memiliki kaitan dengan kes.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

 



Sumber “Ada kawan ayah datang malam-malam,” – Tragis dan pilu! Pengakuan anak bongsu yang terselamat kerana menyorok lepas lihat depan mata sendiri keluarganya disembelih perompak

Post a Comment

Previous Post Next Post