Adik-beradik mahu Nora berhenti luah perasaan di instagram

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya sangat menyakit dan menyedihkan. Bukan mudah untuk seseorang itu meneruskan kehidupan tanpa mereka yang tersayang tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu sentiasa kuat dan terus bangkit dari kesedihan itu.

maxresdefault

Penyanyi Nora Ariffin juga merupakan antara individu yang kehilangan suaminya dalam sekelip mata tanpa diduga dan tidak hairanlah jika beliau masih berada dalam zon ‘terkejut’ dengan pemergian lelaki yang telah lama bertahta dalam hatinya sejak dulu hingga kini.

Setiap individu pasti mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa sedih, rindu, marah, sayang dan sebagainya dan begitu juga Nora.

Beliau mengambil keputusan dengan meluahkan perasaannya menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik gambar beserta kapsyen tentang memori-memori manis beliau dan suami.

Walau bagaimanapun, kali ini Nora terpaksa akur dengan permintaan adik beradiknya yang mahukan beliau untuk berhenti meluahkan perasaan menerusi akaun Instagram.

nora

Saya dah kehilangan suami dlm sekelip mata.
Saya hanya ada anak2 yg perlu ditanggung.
Saya menulis kerana ingin menenangkan diri, menguatkan semangat dan meluahkan perasaan sendiri…cerita hati saya.
Hanya pada Allah saya bergantung.
Tapi demi permintaan adik beradik saya….mereka mintak saya BERHENTI MENULIS…

Adik beradik mana yang mahu melihat kakak, adik mahupun abang mereka sentiasa diliputi dengan perasaan sedih dan mereka juga pasti menginginkan yang terbaik buat Nora supaya terus bangkit demi meneruskan hidup tanpa suami disisi.

Rata-rata netizen juga tidak ketinggalan mendoakan agar Nora diberikan kekuatan untuk menempuh segala dugaan yang mendatang dan ada juga yang menyuruh Nora untuk terus menulis jika itu dapat membuatkan beliau terus kuat.

nora1nora2nora3

 

Sumber: Suria.my



Sumber Adik-beradik mahu Nora berhenti luah perasaan di instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post