Baru 3 jam nikah, isteri ceraikan suami dan kahwin suami baru pada hari sama

Seorang lelaki diceraikan isterinya selepas baru tiga jam berkahwin selain kepalanya dicukur separuh sebagai hukuman kerana dituduh terlalu tamak – sebelum wanita berkenaan terus mengahwini suami baru pada hari sama.

Gambar kanan suami baru Rubana

Rubana Parveen, 18, mengahwini Muntaj Ansari, 26, pada pagi Rabu lalu di kampung Chandwa, timur India.

Malangnya sejurus majlis nikah, suami barunya yang bekerja sebagai pemandu beca bermotor mula mendesak diberi wang hantaran tinggi selain menyatakan hasrat mahukan motosikal kuasa besar yang mahal.

Seorang saksi berkata, bapa Rubana, Bashir-ud-din Ansari, 58, yang juga pemilik hotel berkata, dia sudah membeli motosikal untuk Muntaj tetapi menantu barunya tidak berpuas hati dan mahukan model lebih baik.

“Semua orang menyuruhnya bertenang dan menerima saja apa yang dihadiahkan kepadanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Baru 3 jam nikah, isteri ceraikan suami dan kahwin suami baru pada hari sama

Post a Comment

Previous Post Next Post