Datuk Vida bosan dikacau lelaki gatal, hanya mahu harta

Belum sebulan bergelar ibu tunggal, Datuk Seri Hasmiza Othman naik bosan dikejar lelaki yang ingin memikatnya.

Datuk Seri Hasmiza Othman percaya lelaki miang yang mengganggunya ingin mengambil kesempatan atas kekayaannya. — Foto oleh Choo Choy May

Jutawan kosmetik syarikat Vida Beauty berkata mereka itu hanya ingin mengambil kesempatan menumpang harta kekayaannya, lapor mStar Online.

“Asam garam selepas bercerai lagi teruk kerana ramai yang hendak menggatal. Saya kena kacau melalui pelbagai cara,” katanya.

“Bosanlah macam ni. Mereka ingat saya ini apa? Tapi saya hanya berdiam diri dan tak perlu layan semua tu. Saya tahu mereka hanya nak duit,” katanya.

Hasmiza, 46, atau lebih dikenali Datuk Vida bercerai talak satu dengan suami ketiganya Fairuz Ahmad Zainuddin, 39, pada 7 April lalu.

Beliau buat masa ini selesa hidup sendirian dengan dua anaknya dan mahu mencari calon yang setaraf dengannya pada masa akan datang.

Sumber: Projek MMO



Sumber Datuk Vida bosan dikacau lelaki gatal, hanya mahu harta

Post a Comment

Previous Post Next Post