AKU dan kawan-kawan dah pergi melawat penjara Indonesia dua minggu lepas dan majoriti atau 99 persen rakyat kita yang ditangkap semua sebab dadah. Pejabat kedutaan pun dah tak tau nak buat apa dengan pe’el pelancong kita. Kalau ada orang kita anggap sistem keselamatan airport Indonesia ni cikai – itu silap besar!
Baca:
Dan aku difahamkan sebab ramai rakyat Malaysia bawa dadah masa gi melancong ke sana, skrg ni polis dan kastam Indonesia cukup ‘prihatin’ dengan pelancong kita..kalau yang datang tu bebudak muda…atau datang solo…siaplah korang kena monitor dari jauh.
Salah seorang banduan Malaysia yang aku ziarah di penjara Medan bagitahu, dia boleh kantoi bila polis Indonesia tengok muka dia berpeluh dan pucat masa kat balai ketibaan. Masa tu dia ‘roket’ atau telan sejumlah shabu untuk dijual di sana dengan upah kira-kira RM50,000 sekali hantar!
Persoalan BESAR aku, macam mana kat sana depa kantoi sedangkan kat airport kita boleh lepas? Aku tak tahu. Mungkin depa pakai jin kot.
Sumber: Syahril A Kadir
Sumber Dua lelaki Malaysia disangka hilang rupanya dilokap di Indonesia kerana dadah: Pejabat kedutaan pun dah tak tau nak buat apa dengan pe’el pelancong kita