Fathia Latiff Terkejut Aiman Hakim Masih Sayang Padanya

Pelakon Fathia Latiff mengakui terkejut dengan kenyataan dikeluarkan oleh bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza yang mengakui masih menyayangi dirinya.

Fathia Latiff Terkejut Aiman Hakim Masih Sayang Padanya

Fathia Latiff Terkejut Aiman Hakim Masih Sayang Padanya

Menurut Fathia, 29, dia sukar mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana enggan melukakan hati mana-mana pihak.

“Saya hanya redha dengan apa yang terjadi dan tidak mahu bercakap banyak mengenainya.

“Biarlah saya serahkan soal jodoh kepada Yang Maha Kuasa kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan.

“Pada saya apa yang telah berlaku biarlah ia berlalu begitu sahaja kerana saya faham kadang-kadang hati serta perasaan seseorang itu tidak boleh dikawal.

“Buat masa sekarang biarlah saya fokus dulu kepada lakonan dan perniagaan kerana saya ingin menjadi contoh terbaik kepada remaja diluar sana,” katanya kepada Astro Gempak.

Fathia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media kempen Lipton Hanya Kaw Untukku dan drama bersiri, Menanti Februari bertempat di The Forum @ The Signature, Desa Sri Hartamas, baru-baru ini.

Tambah Fathia, dia bersyukur kerana gandingannya bersama Zul Ariffin dalam Menanti Februari mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Astro Gempak



Sumber Fathia Latiff Terkejut Aiman Hakim Masih Sayang Padanya

Post a Comment

Previous Post Next Post