Gambar tertidur atas lantai lepas selesai pembedahan selama 28 jam, jurubedah ini diangkat sebagai hero
Menurut People’s Daily, juru bedah bernama Luo Heng itu tertidur di atas lantai sejurus selesai pembedahan panjang itu.
Foto terbabit diambil pada 30 Mac di sebuah hospital di Dingyuan County, Wilayah Anhui, China.
Dia menyelesaikan dua pembedahan disebelah malam dan menjalankan tiga lagi pembedahan pada pagi berikutnya.
Laporan berkata, dia mengambil masa 28 jam untuk menyelesaikan kelima-lima pembedahan itu.
Netizen di media sosial China memuji sifat rajin juru bedah itu.
Seorang pengguna menulis: ‘Saya tabik awak, awak bekerja keras.’
Seorang lagi berkata: ‘Saya harap media tidak mempromosikan benda ini. Doktor bukan sahaja satu karier tetapi doktor juga seorang manusia.
‘Manusia paling menarik,’ tulis seorang lagi.
Sumber: DM
Sumber Gambar tertidur atas lantai lepas selesai pembedahan selama 28 jam, jurubedah ini diangkat sebagai hero