Ini Komen Luahan Hati Bapa Kepada Thaqif, Pelajar Yang Baru Meninggal Dunia
Bapa pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif, yang meninggal dunia iaitu Mohd Gaddafi Mat Karim telah tampil memberi komen.
Pihak keluarganya telah redha dengan pemergian anak tersayang dan tidak pernah berdendam atau mahu menyaman mana-mana pihak buat masa ini.
Bapa Thaqif ini berkata dia akan menyerah kes berkenaan kepada polis untuk mengambil tindakan.
Gaddafi juga berharap orang ramai tidak menyalahkan institusi sekolah tahfiz secara keseluruhan.
Dia berharap tidak ada ibu bapa menjadi fobia atau takut mahu menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz untuk belajar agama.
Mohd Gaddafi juga akan tetap menghantar dua lagi anak lelakinya meneruskan pengajian dalam bidang keagamaan di sekolah tahfiz.
Ini komennya:
"Saya sudah memaafkan siapa yang terbabit, kami tidak berdendam dan biar kejadian ini jadi iktibar untuk semua,"
"Kalau diikutkan perasaan marah itu memang ada, apa tidaknya nyawa anak saya sudah tiada tetapi saya reda dan memaafkan semua. Tidak ada pun mahu memfailkan saman pada sesiapa.
"Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat dan siapa yang bersalah biarlah undang-undang menghukumnya. Apa yang penting punca kejadian ini dijadikan iktibar untuk kami sekeluarga dan masyarakat,"
"Saya tidak mahu aibkan mana-mana pihak. Biarlah polis jalankan siasatan dan tidak perlu salahkan anak-anak tahfiz ini,"
Jumaat lalu, kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong susulan masalah kesihatan yang didakwa berlaku selepas disebat pembantu warden sebuah madrasah tahfiz.
Mohamad Thaqif meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI)
Jenazah Mohamad Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Sumber Ini Komen Luahan Hati Bapa Kepada Thaqif, Pelajar Tahfiz Yang Baru Meninggal Dunia
Tags:
BM