Instagram Elly Mazlein digodam

Penyanyi Elly Mazlein mengesahkan akaun Instagram miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab.

Instagram Elly Mazlein digodam

Instagram Elly Mazlein digodam

Elly memaklumkan dia menyedari perkara itu pada 10 pagi tadi.

“Seperti biasa saya cuba masuk ke akaun Instagram tetapi gagal. Apabila disiasat, rupa-rupanya ia sudah digodam,” katanya kepada Harian Metro.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 37, mengakui terkilan apabila banyak gambar kenangan yang disimpan dalam akaun itu hilang.

“Saya banyak berkongsi perkembangan anak, Sefhia menerusi Instagram selain bercerita perihal kerjaya.

“Sedikit-sebanyak memang sedih apabila semua koleksi gambar dipadam,” katanya.

Kata Elly lagi, akaun itu turut menjadi medium untuknya mempromosikan perniagaan dan berkempen sempena Anugerah Bintang Popular ke-30 (ABOBH30).

“Selain itu, Instagram menjadi tempat untuk saya berkempen Super Karoks dan macam-macam lagi. Bila jadi begini memang sedih.

“Apa pun, saya sudah maafkan siapa yang melakukannya. Insya-Allah petang ini saya akan buka akaun Instagram baru,” katanya.

Sumber: Harian Metro



Sumber Instagram Elly Mazlein digodam

Post a Comment

Previous Post Next Post