“Jika ada bahan letupan, Bukit Kepong kami boleh hancurkan awal” – Tiada simpati, tiada penyesalan langsung dari Chin Peng

Tiada simpati. Tiada penyesalan. Biarpun berpuluh tahun berlalu daripada peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950. Gambar mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dibakar di dalam balai malang tersebut, tidak sedikit pun mengundang simpati Ong Boon Hwa atau Chin Peng.

"Jika ada bahan letupan, Bukit Kepong kami boleh hancurkan awal" - Tiada simpati, tiada penyesalan langsung dari Chin Peng

“Jika ada bahan letupan, Bukit Kepong kami boleh hancurkan awal” – Tiada simpati, tiada penyesalan langsung dari Chin Peng

Yang dikesalinya hanya satu perkara. Alangkah baiknya jika pasukan komunisnya pada ketika itu mempunyai akses kepada bahan-bahan letupan. Chin Peng menyatakan demikian di dalam satu temubual beliau bersama Anthony Short dan John Leary di Australia. Dialog dan segala pendedahan oleh Chin Peng termuat di dalam buku DIALOGUES WITH CHIN PENG : NEW LIGHT ON THE COMMUNIST PARTY.

Chin Peng menyatakan, ketika balai Bukit Kepong diserang, terdapat 20 hingga 30 orang berada di dalam balai tersebut. Serangan memakan masa hampir 3 jam. Oleh kerana tiada akses kepada bahan letupan, beberapa orang ditugaskan ke kedai runcit berhampiran untuk membeli minyak tanah. Minyak itu kemudiannya digunakan untuk membakar balai Bukit Kepong tersebut sehingga musnah.

Apabila Anthony Short mencelah dengan mempertikaikan tindakan tersebut dengan mengungkit bahawa terdapat wanita dan kanak-kanak di dalam balai tersebut sewaktu ianya dibakar, Chin Peng menjawab “Of Course!” Ya. Chin Peng tahu dan tidak menyesal.

Beliau kemudiannya menyambung kenyataannya bahawa balai itu boleh dimusnahkan dengan lebih cepat dalam tempoh setengah jam berbanding 3 jam seperti yang tercatat di dalam sejarah jika mereka mempunyai bahan letupan. Hanya itu penyesalannya.

Beliau juga berkata, jika mereka punyai bahan letupan, lebih banyak balai polis seperti Bukit Kepong boleh dimusnahkan. Kematian wanita dan kanak-kanak yang dibakar hidup-hidup tanpa perikemanusiaan itu tidak membawa sebarang erti kepada Chin Peng.

23 Februari 2017 minggu hadapan, genap 67 tahun perlakuan kejam ke atas balai Bukit Kepong berlaku. Semoga semua kekejaman yang berlaku pada masa silam, tidak diulangi oleh generasi ini dan generasi mendatang.

Rujukan :

  1. C.C. Chin & Karl Hack, Dialogues With Chin Peng : New Light On The Malayan Communist Party, 2005, Singapore University Press, Singapore, p. 165 – 168

Sumber: Menara.my



Sumber “Jika ada bahan letupan, Bukit Kepong kami boleh hancurkan awal” – Tiada simpati, tiada penyesalan langsung dari Chin Peng

Post a Comment

Previous Post Next Post