Kad luahan hati Yusry buat Lisa Surihani selepas lahirkan anak buat netizen tersentuh

Kalau disebut sahaja tentang cahaya mata, pasti pasangan yang sudah berumah tangga akan berasa teruja untuk menyambut kedatangan orang baru yang dapat menyempurnakan lagi hubungan suami isteri.

Pada hari Ahad yang lalu, pengarah, penyanyi dan pelakon kacak iaitu Yusry dan isterinya, Lisa Surihani baru sahaja menimang cahaya mata yang kedua selepas Yahaira.

Rata-rata netizen yang mengetahui tentang kelahiran putera Yusry dan Lisa ini meluahkan rasa bersyukur dan tumpang gembira kerana artis kesayangan mereka memiliki sepasang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.

Baru-baru ini Lisa ada memuat naik gambar tentang luahan suaminya menerusi sekeping kad yang diberikan kepadanya sebaik sahaja beliau selamat melahirkan anak mereka.

lisa

To my dear wife,

My love, you have given me what no one has never given. Our two wonderful children, our princess and our new prince. And true to all the Disney movies that you enjoyed watching throughout this pregnancy, there’s always a queen and a true love in them. You are all of them rolled into one. Thank you for making my life a dream come true and a beautiful fairy tale….and the lived happily ever after.

24/4/17 Your loving husband

Hati isteri mana yang tidak akan berbunga-bunga apabila menerima kad seperti ini dari seorang insan yang memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Pengikut Lisa juga tidak ketinggalan meninggalkan komen berhubung gambar tersebut selain ada yang melabelkan Yusry sebagai seorang suami yang sangat penyayang terhadap isterinya.

yusry1yusry2yusry3

 

Sumber: Suria

 



Sumber Kad luahan hati Yusry buat Lisa Surihani selepas lahirkan anak buat netizen tersentuh

Post a Comment

Previous Post Next Post