“Harga kenderaan serta petrol di Singapura dan Hong Kong direkodkan sebagai paling mahal di dunia ketika ini, sekali gus menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama oleh penduduk di kedua-dua negara tersebut.

“Singapura juga menjadi destinasi kedua di dunia yang menjual pakaian pada harga paling mahal selepas Jepun,” menurut kaji selidik tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam me­nyatakan kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara ASEAN mengikut kaji selidik yang dilaksanakan Economist Intelligence Unit.

Beliau berkata, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.