Kenyataan rasis ‘kaum India suka meniru’, pensyarah UM mohon maaf

Pensyarah Universiti Malaya (UM) yang didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap dua penuntut kaum India telah memohon maaf.

Baca: Pelajar, Lalitha Sudeshna tuntut pensyarah Universiti Malaya Prof. Dr. Norlidah mohon maaf kerana racist

Kenyataan rasis 'kaum India suka meniru', pensyarah UM mohon maaf

Kenyataan rasis ‘kaum India suka meniru’, pensyarah UM mohon maaf

Naib Canselor UM, Tan Sri Mohd Amin Jalaludin berkata, satu pertemuan melibatkan kedua-dua pihak telah diadakan bulan lalu di mana pensyarah wanita itu telah memohon maaf atas perbuatannya itu.

Beliau yang turut hadir pada pertemuan itu mengesahkan kedua pelajar terlibat juga menerima permohonan maaf pensyarat berkenaan.

“Pensyarah terbabit juga menyesali kejadian yang berlaku dan menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu perkauman, dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Jelas Mohd Amin, pensyarah itu meminta maaf secara lisan dan bertulis, manakala pelajar terlibat berharap ia tidak berulang.

Dalam kenyataan itu, UM memaklumkan pihaknya tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana ahli akademik dan pentadbirannya yang tidak mengamalkan dasar menghormati sesama kaum.

Pihak UM telah menggantung pensyarah terbabit daripada terus mengajar kelas yang beliau didakwa melontarkan kenyataan yang dianggap rasis itu.

Catatan pada Facebook yang tersebar pada Februari lalu mendakwa pensyarah itu melarang dua pelajarnya daripada duduk bersebelahan dengan alasan kaum India cenderung “meniru dan memplagiat tugasan.”

Pensyarah wanita itu kemudian didakwa berkata beliau tidak akan meletakkan mereka dalam kumpulan sama untuk tugasan kerana beliau “kenal sikap kaum India.”

Panel lima anggota telah dibentuk untuk menyiasat dakwaan itu, yang kemudian dibawa kepada oleh Majlis Profesor Negara (MPN) untuk penubuhan Jawatankuasa Penasihat.

Sumber: Mstar



Sumber Kenyataan rasis ‘kaum India suka meniru’, pensyarah UM mohon maaf

Post a Comment

Previous Post Next Post