Kontroversi tepis tangan peminat, Dian Sastrowardoyo akhirnya buka mulut

AKHIRNYA aktres Dian Sastrowardoyo tampil menjelaskan mengenai kontroversi berhubung kelakuan yang dianggap tidak sopan kerana menepis tangan peminat yang ingin bergambar dengannya.

Baca artikel sebelum: Video Dian Sastrowardoyo tepis tangan peminat dan menolak bergambar tersebar, netizen kecam dia tak layak bawa watak Kartini

Menerusi laman Instagram, pelakon filem Kartini itu menyuarakan situasi yang dihadapinya tatkala insiden berkenaan dirakamkan.

Dian Sastrowardoyo

Dian Sastrowardoyo

“Sejujurnya itu adalah perkara yang tak disengajakan. Ada seseorang dari belakang yang secara tiba-tiba memegang badan saya.

“Akibat terkejut dan secara tidak sengaja saya menepis dan menghindarinya. Namun saya tidak bermaksud tidak ramah atau tidak sopan.

“Memang video tersebut kemudiannya saya padam agar tidak menimbulkan kesan yang tidak sesuai mengenai apa yang sebenarnya terjadi,” tulis Dian.

Tambah Dian dia akur dengan kecaman dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sebelum ini pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo turut tampil memohon maaf terhadap kelakuan Dian yang dianggap tidak sopan.
Sumber: MStar



Sumber Kontroversi tepis tangan peminat, Dian Sastrowardoyo akhirnya buka mulut

Post a Comment

Previous Post Next Post