Layanan Tak Mesra Dengan Dato Ramli MS, Alyah Akhirnya Tampil Beri Respon

Layanan Tak Mesra Dengan Dato Ramli MS, Alyah Akhirnya Tampil Beri Respon


Penyanyi Alyah merupakan isteri kepada komposer popular tanah air iaitu Dato Ramli MS.

Walaupun dah beberapa tahun berkahwin, memang jarang kelihatan berdua bersama-sama suaminya itu.

Di laman media sosial pun memang jarang lihat mereka berdua bersama dalam satu gambar.

Sampai ada yang mendakwa hubungan mereka "tidak mesra" apatah lagi kelibat Alyah langsung tidak kelihatan jika Ramli MS datang ke sesuatu majlis.

Kini Alyah tampil memebri respon tentang hal ini.

“Kalau event atau jemputan itu tidak melibatkan saya, saya tak akan pergi. Saya memang bukan jenis ikut suami. Bukan sebab tidak support. Tetapi rasanya Tok Ram boleh manage dirinya sendiri. Dia sudah lakukan apa yang dia buat sekarang sudah berpuluh tahun,"

“Apa pun, sebelum Tok Ram keluar, kita sebagai isteri perlulah prepare apa yang patut. Yang penting, kami sudah belajar sejak dari awal perhubungan, kami selalu terapkan konsep ‘kerja saya, adalah hal saya’ dan begitu juga dengan dia,” 


Alyah telah tampil memberi penjelasan dan menepis dakwaan 'tak mesra' dengan Dato Ramli MS.

Menurutnya lagi, Ramli MS memang selesa dengan cara begitu.

Walaupun jarang jelihatan bersama, itu tidak bermaksud dia tidak support atau menyokong kerjaya suaminya, tetapi lebih selesa untuk menyokongnya dalam cara lain.

Apapun semoga pasangan ini berbahagia selalu.

Sumber Layanan Tak Mesra Dengan Dato Ramli MS, Alyah Akhirnya Tampil Beri Respon

Post a Comment

Previous Post Next Post