Maki hamun dan hampir belasah Chef Riz kerana pukul isteri, Chef Wan mengaku dah hampir setahun tak bercakap dengan anaknya

Nama Chef Wan memang agak panas sejak kebelakangan ini. Terkenal sebagai seorang yang sangat lantang bersuara, Chef Wan akan menyuarakan apa sahaja yang berada di benak fikirannya.

Maki hamun dan hampir belasah Chef Riz kerana pukul isteri, Chef Wan mengaku dah hampir setahun tak bercakap dengan anaknya

Maki hamun dan hampir belasah Chef Riz kerana pukul isteri, Chef Wan mengaku dah hampir setahun tak bercakap dengan anaknya

Terbaru dalam satu komen yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya sendiri, Chef Wan telah mendedahkan yang beliau sudah lebih setahun tidak bercakap dengan anak lelakinya Chef Riz.

whatsapp-image-2017-04-20-at-11-42-02-am-2

Malah Chef Wan hampir memukul anaknya itu kerana dikatakan telah menzalimi bekas isterinya Shikin Maembong yang juga merupakan kakak kepada pelakon Emma Maembong.

Menurut Chef Wan, beliau tidak akan sesekali membiarkan bekas menantunya itu dianiaya walaupun terpaksa membuang anak sendiri.

whatsapp-image-2017-04-20-at-11-42-02-am

Tambah Chef Wan dalam statusnya yang panjang lebar itu lagi, walaupun beliau sendiri pernah gagal dalam perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama empat tahun, namun beliau masih menjaga serta memberi nafkah kepada bekas isterinya sejak bercerai 32 tahun lalu.

Chef Wan meluahkan perasaannya di Instagram, berikutan ada netizen yang menyelar tindakan Chef Wan yang dikatakan cuba mencampuri urusan penceraian anak perempuannya Serina Redzuawan walaupun dirinya sendiri pernah bercerai.

whatsapp-image-2017-04-20-at-11-42-02-am-1

Nampaknya isu penceraian Serina ini semakin panas, namun kami percaya setiap tindakan yang diambil oleh Chef Wan adalah demi menjaga kepentingan anaknya dan menuntut hak yang sewajarnya.

Hati ayah mana yang sanggup melihat hidup anak perempuan kesayangannya dipersiakan. Kami di Suria mendoakan yang terbaik untuk Serina dan seluruh keluarga Chef Wan. Semoga tabah melalui ujian ini.

Sumber: Suria.my



Sumber Maki hamun dan hampir belasah Chef Riz kerana pukul isteri, Chef Wan mengaku dah hampir setahun tak bercakap dengan anaknya

Post a Comment

Previous Post Next Post