“Mulut puaka mana kata aku rembat suami orang tu?” – Wanita ini jawab kecaman netizen lepas luahannya untuk suami yang baru meninggal jadi viral

“Ala, baru sebulan lebih kawin, melangit sangat agungkan arwah suami.”

“Dia amik suami orang, sebab tu Allah amik suami dia”

Baca: 

“Aku akan menyusul kau abang” – Luahan hati isteri yang hanya sempat bersama suami tak sampai 2 bulan

"Mulut puaka mana kata aku rembat suami orang tu?" - Wanita ini jawab kecaman netizen lepas luahannya untuk suami yang baru meninggal jadi viral

“Mulut puaka mana kata aku rembat suami orang tu?” – Wanita ini jawab kecaman netizen lepas luahannya untuk suami yang baru meninggal jadi viral

“Kapten bukan gaji besar ke? Bini dia kerja apa gaji berganda dari suami dia? Mewahkan sgt dgn duit, sebab tu tak kekal”

Pheww! Nasib baik aku bukan spesis cepat melatah baca komen-komen dari mulut berspesis getah spender ni. Mampu gelak je 😂
Baru aku ada mood nak balas. Eh makcik. Yang aku agungkan tu suami aku tau. Aku isteri, mestilah aku agungkan suami aku sendiri biarlah tinggi melangit mana pun. Bukan agungkan suami atau abah kau. Suami aku syurga aku. Tak kisahlah berapa singkat tempoh aku bergelar isteri, Allah sempat naikkan darjat aku dari seorang perempuan menjadi seorang isteri.

Pastu, mulut puaka mana kata aku rembat suami orang tu? Haish. Simpan sikit dosa tu. Aku tahu fitnah tu dah jadi makanan harian kau, tapi kau jangan main petik je kalau tak kenal aku. Memang arwah suami aku duda anak 6. 3 kali cerai hidup. Untuk pengetahuan akal cetek kau, aku kenal suami aku berbulan selepas dia bercerai tau. Aku kenal arwah masa dia tengah down dalam bisnes takde apa-apa, tak berharta. Selamber badak kau je kata aku rembat laki orang. Allah ambil dia sebab Allah sayang dia. Allah bagi kau hidup sampai sekarang supaya kau boleh ingat mati, bertaubat. Allah bagi chance, amik! Jangan sedap mulut je bercakap tabur fitnah. Ajal tak kenal usia. Kau tu dah standby ke?

Kapten gaji besar? Besar celah mana? Binanggol. Kau fikir seorang Kapten takde komitmen? Takde hutang? Takde tanggungan? Dan sekali lagi untuk makluman akal cetek kau, suami aku dah bersara. Banyak mana sangat pencen dia? Allah bagi aku rezeki kerja elok, gaji elok. Tapi aku tak pernah banding-banding dengan pendapatan diving suami aku. Aku tahu suami aku bukan orang senang. Allah jadikan aku isteri dia supaya aku dapat bantu untuk kurangkan beban dia. Tak macam kau. Tambah dosa mulut puaka 😂 Sekurang-kurangnya suami aku masih bagi aku tempat tinggal, pakaian & aku cukup makan. Tak pernah aku kebulur. Masa nak nikah, dalam account bank dia ada berapa sen sangat je, tapi dia tunaikan janji dia untuk jadikan aku isteri yang sah. Bukan duit dia yang aku nak, tapi effort tu belum tentu semua orang boleh buat. Aku dari berkawan dengan dia, aku tahu dia tak berduit, tak berharta. Aku ni bekerjaya, berduit. Aku boleh cari lelaki yang seribu kali baik & cukup serba serbi, tapi aku tetap pilih dia. Kenapa? Allah punya aturan der! Sebab bukan duit dia yang aku nak! Aku nampak usaha dia cari duit untuk sara diri, bagi nafkah anak-anak. Aku yakin, dia mampu untuk jaga aku sediakan keperluan bini dia. Yang aku mewahkan tu suami aku. Bukan suami jiran, bukan suami orang, bukan suami engkau yang pastinya. Dah suami aku jaga aku elok, takde pula dalam Quran kata haram isteri mewahkan suami. Kalau kau sendiri tak nak bertolak ansur dalam rumahtangga, tu masalah kau dengan laki kau. Jangan kau kaitkan hal aku mewahkan suami aku plak. Dah rezeki dia dapat bini awesome macam aku boleh mewahkan dia 😆“Rezeki Allah tu luas”. Tu yang suami aku selalu ingatkan. Kau jangan takbur, jangan nak pertikaikan gaji aku & gaji suami aku.

“Suami meninggal kau meratap, puji melangit. Mak bapak kau meninggal takde plak mcm tu sedangkan mak bapak kau jaga berpuluh tahun”

Hoi lah manusia hijau. Kenal aku pun tidak. Tiba-tiba nak suruh aku meratap mak bapak aku mati. Yes, aku kehilangan ibu masa aku umur 14 tahun. Bapak aku yang hensem hidup lagi okay? Kau rileks jap. Mak aku meninggal, aku takde plak meratap macam nak mati. Ni suami aku meninggal, aku rasa takde pun aku meratap macam nak mati. Kau tahu apa maksud “Redha”? Tak kott. Pergi buka pakcik Google kau. Biarpun mak aku dah takde, tak pernah aku lupa mak aku. Eh, tak kan la aku nak doa untuk mak aku pun aku nak kena bagitahu kau? Kau siapa? 😂 Lagi satu, kau jangan la samakan level suami dengan mak bapak. Apa noob sangat kau ni. Bila kau bujang, syurga kau pada mak bapak. Bila dah bersuami, syurga kau pada suami kau. Nah, hadamkan.

“Jangan bangga sangat jadi janda”

Eh. Apsal? Takut aku rembat suami kau keeeee? 😏 HAHAHAHAH! Kalut sangat pasal janda balu duda bagai. Yes, sekarang aku janda. Janda adalah panggilan umum untuk wanita yang tidak bersuami tak kisahlah cerai hidup atau cerai mati. Aku wanita yang kematian suami. Kau tahu kenapa aku bangga? Sebab suami aku meninggal bawa cinta aku. Bukan cinta kau tau. Yang mana aku tahu, kalau aku nak bersatu dengan suami, aku tak perlu kahwin lain. Yang kau runsing sangat dengan status aku dah kenapa? Kau jaga jelah suami kau baik-baik. Takut kita bermadu. Tak pun jadi mak muda kau. Hahahahaha!

“Aku akan menyusul abang”

Ni lawak. Kau kata aku nak mati bunuh diri sebab tak leh terima fact suami aku dah takde? Aku cepat pasrah mengalah untuk teruskan hidup?

Oii, takde pula aku kata aku nak bunuh diri atau aku dah give up nak hidup. Hahahaha! Aku ni bukan level ustazah macam mak abah tok nenek kau, tapi aku bukan manusia takde agama. Aku belajar agama juga. Aku hidup elok je. Makan minum pun elok je selera aku. Takde plak aku meratap kematian suami aku berbakul-bakul. Macam aku cakap, Allah bagi aku peluang hidup ni, aku guna sehabis baik. Baiki mana yang kurang. Amik kesempatan Allah bagi bertaubat.

“Eleh cinta sampai syurga. Tak lama lagi jumpa jantan, terus lupa arwah”

Pheww! Kalau mulut kau tu tak pandai sebut benda-benda baik, elok kau senyap. Takut esok mulut tu herot sampai penjuru bilik air rumah kau. Takkkkk pasal-pasal makan pakai straw. Janganlah kau runsing hal jodoh aku kat dunia atau akhirat. Tu biar jadi rahsia aku & Allah. Kau jaga jodoh kau baik-baik. Takut jodoh kau jatuh kat aku. Hahahaha!

Suami aku kawin 100 kali pun, aku tetap isteri dia yang terakhir tau dan aku satu-satunya isteri dia masa dia hembuskan nafas terakhir. Itu yang aku kena bersyukur. Buruk baik suami, aku terima. Aku cuma jaga maruah suami aku. Kau hentam aku, hentamlah. Sikit pun tak heran. Tapi jangan babitkan arwah suami aku. Kau kutuk suami aku ke apa, bukan jadi apa pun. Kesian kat kau lah, mengata orang yang dah takde. Aku nak tekankan lagi sekali

Dosa kau dengan Allah, Allah ampunkan andai kau bertaubat. Dosa paling complicated adalah dosa kau dengan orang yang dah takde. Kau gali kubur arwah nak minta maaf pun tak guna.

Aku post berkaitan arwah bukan aku nak show off suami aku sempurna ke apa. But yes, dia sempurna, DI MATA AKU! Aku share sekadar nukilan isteri untuk suami. Mana yang baik, korang ambillah jadikan contoh. Yang kau rasa tak kena, kau buat bodoh dah lah. Point aku satu je.

Hargai orang sekeliling kau. Tak kira la siapapun. Mak bapak, suami, adik beradik, anak-anak, kawan-kawan, jiran, kucing, hamster kau & etc. Semua tu cuma pinjaman dari Allah je tau. Kita ni menumpang kat bumi Allah, bernafas pun Allah bagi pinjam oxygen percuma. Jangan angkuh sangat dengan kata-kata. Harta pun tak boleh bawa pegi kubur. Tapi spesis kalut dengan harta ni, kau suruh la orang tabur emas kat kubur kau bila kau arwah nanti.

Kepada bekas-bekas madu aku, cool down. Aku takde masalah dengan engkau orang, cukup-cukuplah sebar benda yang tak baik pasal arwah. Bekas laki korang dah sampai alam lain dah pun. Buruk baik dia pun, kau ingat satu jelah. Bekas suami korang ni pernah jaga, bagi makan minum & bahagiakan korang satu masa dulu. Dalam buruk dia, ada baiknya. Jangan sebab satu keburukan arwah, seribu kebaikan dia korang acah-acah buta tak nampak. Suka atau tak, aku tetap mak tiri pada anak-anak korang. Yehaaaaa!

Maaflah. Aku ni kalau berkata-kata memang lancang sikit. Mulut aku memang puaka, yes. Aku mengaku. Tapi puaka mulut aku just untuk spesis puaka juga. Rasa tak puas hati, roger tepi. Tak puas hati tapi tak nak roger, hah mereput lah kau sana senyap-senyap. 😆

Ikhlas dari peluru berpandu,
Ateng

Sumber: Ahteng Sepet 💪🏻



Sumber “Mulut puaka mana kata aku rembat suami orang tu?” – Wanita ini jawab kecaman netizen lepas luahannya untuk suami yang baru meninggal jadi viral

Post a Comment

Previous Post Next Post