Nak buktikan kekebalan, dukun mati tak sengaja tertikam jantung sendiri

Seorang dukun mati selepas dia secara tidak sengaja menikam jantungnya sendiri dalam satu persembahan untuk membuktikan kekebalannya.

Theprit Palee meninggal dunia selepas membuat aksi itu ketika persembahan tarian tradisional di hadapan sekumpulan penonton di sini kelmarin.

Antara aksi dalam tarian itu, Theprit yang mendakwa kebal akan menikam dadanya dengan sebilah pedang hingga mata senjata itu patah.

Satu rakaman video yang dirakam seorang penonton menunjukkan Theprit menikam dadanya tetapi pedang itu tidak patah sebaliknya menusuk badannya.

Theprit dilihat segera mencabut pedang berkenaan dan beredar untuk mendapatkan bantuan tetapi dia rebah dan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Nak buktikan kekebalan, dukun mati tak sengaja tertikam jantung sendiri

Post a Comment

Previous Post Next Post