Pelik! MH370 ‘mungkin di utara’ tapi Malaysia dan Australia enggan cari

Kajian hanyutan serpihan di Lautan Hindi mendapati pesawat MH370 yang terhempas di situ mungkin berada di utara kawasan carian selama ini.

Serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang ditemui di pantai Saint-Andre, pulau La Reunion, pada 29 Julai 2015. — Foto Reuters

Badan sains Australia menyatakan Boeing 777, membawa 239 penumpang dan anak kapal, berada di kawasan lebih kecil seluas 25,000 km persegi, lapor Reuters.

Namun kawasan carian baru yang disarankan daripada analisis Pertubuhan Kajian Industri dan Sains Komanwel (CSIRO) ditolak oleh Malaysia dan Australia.

“Kajian terbaru ini membuatkan kami lebih yakin pada dapatan ini,” kata Dr David Griffin, kata ketua kajian itu dalam satu kenyataan.

Usaha carian dulu yang menelan A$200 juta (RM662.6 juta) seluas 120,000 km persegi digantung selepas gagal menemui sebarang hasil.

CSIRO berkata analisis hanyutan terbaru itu sejajar dengan penemuan serpihan pesawat Malaysia Airlines itu di pantai Reunion Island pada 2015.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Pelik! MH370 ‘mungkin di utara’ tapi Malaysia dan Australia enggan cari

Post a Comment

Previous Post Next Post