Pengulangan Penggunaan ‘Skizo Paranoia’ Dalam Lirik Lagu, Ada Maksud Tersirat? Lelaki Ini Kongsi Kemungkinan Sebab Utama ‘Kehilangan’ Malique

Beberapa hari lepas tular di media sosial akan satu majlis anugerah, yang mana terdapat sebuah persembahan dari Dayang Nurfaizah, serta seorang ‘rapper’ terkenal, yang mana mengenakan seakan jubah, serta bertopeng sewaktu persembahan tersebut.

Pengulangan Penggunaan ‘Skizo Paranoia’ Dalam Lirik Lagu, Ada Maksud Tersirat? Lelaki Ini Kongsi Kemungkinan Sebab Utama ‘Kehilangan’ Malique

Pengulangan Penggunaan ‘Skizo Paranoia’ Dalam Lirik Lagu, Ada Maksud Tersirat? Lelaki Ini Kongsi Kemungkinan Sebab Utama ‘Kehilangan’ Malique

Namun, setelah seketika, apa yang peminat sangkakan, yang itu adalah kemunculan semula, Malique, ia adalah gimik persembahan semata-mata, kerana Malique tidak berada di atas pentas, hanya rakaman suaranya sahaja.

Mungkin ramai yang ternanti-nantikan kemunculan semula Malique, tapi, menurut lelaki ini, iaitu saudara Al Irfan Jani, terdapat dua sebab utama, yang mana menyebabkan Malique tidak mucul di khalayak ramai lagi. Apakah sebabnya?

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: astrogempak

Malique ada 2 sebab untuk tidak muncul di khalayak. Pertama, kerana marketing. Kedua, kerana sebab kesihatan. Dua itu sahaja.

Tidak salah jika saya cuba buat beberapa spekulasi dari ‘kehilangan’ wajah beliau dalam industri, namun karyanya ada di mana-mana. Kerana, memang itupun tujuannya, iaitu lahirkan spekulasi supaya dibicarakan ramai.

Dari segi bab marketing, saya tidak banyak ingin menyentuh itu. Saya selalu anggap, pengguna ‘unsur’ illuminati yang dengan pantas menidakkan ia, seolah-olah seperti seorang yang mengaku kenyang walau perutnya berbunyi.

Dah memang simbolik illuminati dicipta, supaya ia dapat ditunggang. Iluminati hanya alat marketing semata-mata. Itu saja.

Entah, saya kurang berminat dengan perbincangan mata ketiga. Rasa tidak cukup sensasi. Hehe

Jadi, kita lupakan bab satu itu. Alang-alang berspekulasi, saya tertarik untuk menyentuh bab nombor dua. Faktor kesihatan.

Sebagai pengkaji sajak (namun bukan pemerhati irama yang baik), saya hampir temui puzzle yang “Kini sudah sempurna.”

Setelah dibentangkan lirik-lirik karya beliau, tiada lain, saya terpaksa akui, Malique punyai dua jenis bakat yang ‘agak’ mustahil dimiliki oleh seorang manusia dalam satu masa.

Mahir menyusun jargon. < Ini skil teknikal

Mahir bermain sastera. < Ini skil seni

Mahir muzik. < Ini mungkin ‘optional’, tapi ada yang anggap itu bakatnya yang terbesar. Tapi, saya rasakan itu bukan bakat menyusun/menulis muzik, tapi lebih kepada ‘mengubah’ muzik. Apa runut yang pernah popular dalam sejarah, beliau cuma ‘recycle’ saja.

Beginilah. Kira cakap tak payah berlapiklah.

Saya teka, Malique alami Skizo (paranoia). Ataupun, ‘split identity’. Itu mungkin boleh jadi faktor terbesar beliau tidak muncul di media, kerana beliau sedang ‘berperang’ dengan dirinya sendiri.

Macam kalimah-kalimah jampi atau mantera tu, saya lebih melihat ia sebagai seni ‘melukis’ dan diada-adakan. Dan, secara jujurnya, saya kagum dengan mantera ciptaan beliau. Outstanding. Beyond expectation.

Tiada hairan, karya-karyanya setiap kali terhasil, bagai masterpiece, kerana seolah-olah hasil tangan dari dua atau lebih orang dalam satu tubuh.

Beliau pun ada mengaku berkali-kali dalam 2, 3 lagu berbeza, namun dengan tujuan yang sama. Yang paling jelas, beliau sebut betul-betul SKIZO PARANOIA.

Boleh cuba buat kajian sendiri, dan dapatkan siri lagu-lagu beliau yang original. –Sengaja saya tak bawa keluar hasil kajian sendiri, nanti kalau ada orang copy paste, saya dah siap sedia next article. Hehe.

Jika ada lepas ni yang menulis tentang kaitan Malique dan Skizo, ketahuilah, ini adalah tulisan pertama yang mengulas mengenainya. Saya dah selidiki, belum ada yang menulis tentangnya lagi.

Saya bukanlah seorang pakar kesihatan mental ataupun yang mahir tentang depression. Tapi saya agak ‘deep’ juga ambil tahu tentang skizo. Banyak membaca, banyak menonton, banyak juga bergaul.

‘Watak asing’ yang muncul dalam hidupnya, saya pasti ia sukar ‘dihalau’. Skizo agak mustahil diubati. Pesakit perlu berhadapan, dan mampu terima kehadiran ‘orang asing’ dalam dirinya.

Jika mengikut perjalanan hidup tokoh-tokoh hebat yang alami skizo, saya jangkakan, Malique akan kembali, jika Allah panjangkan usianya, Aminnn…

Sebab tu, saya percaya beliau akan ‘comeback’ satu hari nanti, setelah beberapa siri terapi yang beliau hadapi kelak. InsyaAllah.

Sekian, spekulasi saya mengenai keadaan Malique yang ‘hilang’.

Maknanya, saya dah temui jawapan Mata Ketiga di wajahnya. Beliau melihat, apa yang tidak manusia biasa melihatnya.

Benar, ataupun tidak, saya ulangi, ia hanyalah sekadar spekulasi, kerana memang itulah tujuan ‘kehilangan’nya. Anggaplah tulisan saya sekadar hipotesis jika anda rasional, ataupun fiksyen jika anda rasakan saya terlalu tahyul.

Apa pun, kita patut doakan yang baik-baik buat seorang yang berbakat besar, dan banyak mengajak kita berfikir dalam tentang kehidupan ini.

Al Irfan Jani
Bukan penggemar muzik.
Sekadar suka mengamati.

 

 

Via: SK



Sumber Pengulangan Penggunaan ‘Skizo Paranoia’ Dalam Lirik Lagu, Ada Maksud Tersirat? Lelaki Ini Kongsi Kemungkinan Sebab Utama ‘Kehilangan’ Malique

Post a Comment

Previous Post Next Post