“Salah ke saya tegur adik saya yang dah bersuami sebab berkawan dengan suami orang?”

Saya nak tanya dan saya rasa sangat keliru. Baru-baru ni ada seorang kawan lama masa sekolah muncul balik. Dia dah kahwin anak 2. Dia berkawan dengan adik saya (perempuan).

"Salah ke saya tegur adik saya yang dah bersuami sebab berkawan dengan suami orang?"

“Salah ke saya tegur adik saya yang dah bersuami sebab berkawan dengan suami orang?”

Adik saya dah berkahwin anak 1 tapi pelik berhubung dengan suami orang. Akrab sangat. Bergayut 2/3jam bila suami dia berkerja dan balik kampung. Suami pergi outstation dia keluar dengan lelaki tu.

Mak saya macam tak ada masalah je. Saya nasihat adik, dia cakap saya tak open minded langsung. Saya bujang. Lelaki tu kawan saya juga tapi saya yang bujang pun tak layan mesej lelaki tu.

Bila dia datang rumah, saya buat air berborak macam biasa. Cuma tak adalah mesra sangat tapi mak saya tak suka saya tak berapa nak layan lelaki tu atau lelaki yang datang rumah. Kalau boleh nak suruh hadap macam mana entah lelaki tu dan lelaki tu pernah mesej saya, dia cakap adik saya boleh layan angin dia, gayut lama, mesej, luah perasaan sayang yang dulu-dulu tapi saya tak boleh.

Walaupun saya bujang, saya rasa tak perlu pun saya nak buat semua tu. Mak saya cakap saya jual mahal. Sebenarnya saya kadang rasa keliru. Adik yang dah berkahwin tapi boleh gayut dengan suami orang berjam-jam.  Tapi saya yang bujang bila ada orang call sikit mesti macam nak marah.

Saya sebenarnya sangat jaga batas saya tapi mak saya dan family cakap saya tak open minded. Saya ada tanya kawan-kawan, adik saya sebenarnya salah ke tak perbuatan tu. Ada yang cakap salah. Ada yang cakap tak salah. Sampai ada yang cakap kita kan manusia perlu berkawan. Ada juga yang cakap boleh je, selagi mereka tak buat yang bukan-bukan. Habis kalau keluar berdua, si adik isteri orang elaki suami orang adakah perbuatan itu tak salah?.

Ramai family yang tidak menyokong saya. Kerana saya selalu digelar sombong dengan lelaki tapi saya tak kisah sebab saya rasa tak perlu pun mesra dengan lelaki.

Jadi kesimpulan di sini, saya nak tahu perbuatan adik saya tu salah atau tak sebab saya hampir gaduh dengan dia atas sebab saya nasihatkan dia jangan terlalu kerap keluar dan gayut dengan suami orang atau lelaki lain tapi saya disalahkan. Sampai satu family kecam saya berfikiran kolot. Kadang rasa sedih dengan family. Banyak sosial.. berkawan, saya tidaklah baik. Saya juga pernah buat salah. Terima kasih yang membaca.

Kami mengalu-alukan pandangan anda menerusi ruang komen.

Sumber: Pesona Pengantin



Sumber “Salah ke saya tegur adik saya yang dah bersuami sebab berkawan dengan suami orang?”

Post a Comment

Previous Post Next Post