PELAKON jelita, Erra Fazira, 43, mengaku dirinya masih lagi berkawan dengan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir Zawawi, 28, selepas ditanya mengenai hubungan mereka yang dilihat semakin senyap akhir-akhir ini.
Tahun lalu, Erra membuat pengakuan dia dan Shahir memang menjalinkan hubungan selepas gosip mengenai mereka menjadi tular di media sosial.
“Saya masih berkawan dengan Shahir dan sillaturrahim yang terjalin tidak akan terputus begitu saja,” kata Erra kepada BH Online.
Kisah cinta Erra sering menjadi perhatian ramai ekoran dia pernah mengalami keruntuhan rumah tangga dua kali sebelum ini. Rata-rata peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu tunggal kepada Engku Aleesya itu.
Tambahnya, dia sendiri tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku dalam hidupnya, tetapi buat masa ini dia lebih selesa menikmati kehidupan normal seperti sekarang.
“Dalam urusan peribadi, saya hanya mampu merancang, tetapi keputusan tetap ditentukan oleh Allah. Sebagai HambaNya, saya percaya Allah lebih tahu apa yang terbaik,” katanya lagi.
Sumber: MYNEWSHUBCC
Sumber “Saya masih berkawan dengan dia dan sillaturrahim yang terjalin tidak akan terputus begitu saja” – Erra Fazira