SELEPAS beberapa lama bermain tarik tali tentang status rumahtangganya, Serina Redzuawan akhirnya membuka mulut bahawa dia dan suami sememangnya sedang mengalami krisis.
Bercakap dengan Astro Gempak, pelakon itu kini sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama suami, Gavin Edward atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar.
“Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah kerana perkahwinan merupakan sesuatu yang baik.”
Serina turut mendedahkan bahawa dia dan suami sedang dalam proses ‘ke arah itu’, sebelum menjelaskan maksud sebenarnya.
“‘Dalam proses’ bermakna masih belum bercerai kerana kami masih berbincang serta fikir betul-betul sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
“Dalam perkahwinan, tiada siapa mahu berkahwin dan kemudiannya bercerai.
“Justeru, kami mengharapkan doa yang terbaik daripada semua orang agar masalah yang kami hadapi dapat diselesaikan segera,” kata Serina.
Sementara itu, Serina menyangkal dakwaan yang menuduh punca kemelut perkahwinannya adalah disebabkan pembabitan orang ketiga.
Hasil perkongsian hidup sejak tahun 2010, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Tiada siapa mahu berkahwin dan kemudiannya bercerai” – Serina Redzuan mengaku dalam proses bercerai, tapi belum bercerai