Pengguna media sosial di Indonesia heboh dengan penyebaran gambar satu hiasan bunga siap dengan ucapan yang dipercayai dihantar seorang wanita pada majlis pernikahan bekas kekasihnya.
Di Indonesia menghantar hiasan bunga dengan ucapan adalah amalan biasa bagi mengucapkan tahniah pada majlis perkahwinan atau menyatakan takziah sekiranya adanya kematian.
Bagaimanapun, hiasan bunga yang dihantar pada satu majlis perkahwinan ini menarik perhatian ramai kerana mesejnya sangat mengejutkan.
Ucapan pada hiasan bunga itu berbunyi, ”Met Nikah Mas (selamat bernikah Abang). Semoga Bahagia dengan Kehidupan barumu. Mas jahat!!!! (Abang jahat).
“Aku yang pernah seranjang denganmu.”
Ucapan itu diakhiri dengan tulisan (KBRD) dipercayai singkatan nama wanita berkenaan.
Walaupun tempat atau tempoh gambar hiasan bunga itu dirakamkan tidak dinyatakan ramai pengguna Internet percaya ia adalah asli.
Beberapa pengguna laman sosial berpendapat, hiasan bunga itu dihantar sebagai cara membalas dendam terhadap bekas kekasih yang curang.
“Jangan main-main dengan hati wanita kerana balasannya pasti pedih,” kata seorang pengguna. – Agensi/myMetro Online
Sumber: Mynewshub
Sumber Ucapan perkahwinan untuk kekasih curang jadi viral