Video Balai Polis Banda Hilir diserang makhluk halus sampai pintu masuk kaca pecah!

Balai Polis Banda Hilir, di sini, dipercayai diganggu makhluk halus atau hantu sehingga menyebabkan sebuah pintu masuk kaca, pecah, Khamis lalu.

Video Balai Polis Banda Hilir diserang makhluk halus sampai pintu masuk kaca pecah!

Video Balai Polis Banda Hilir diserang makhluk halus sampai pintu masuk kaca pecah!

 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam balai terbabit yang menjadi tular di media sosial, kejadian berlaku jam 4.21 pagi, pada 6 April lalu.

Mengikut video tular berdurasi 73 saat itu, dua pintu balai terbabit tiba-tiba terbuka sendiri dengan sebuah pintu terbuka ke dalam balai manakala pintu utama seperti ditarik keluar hingga pecah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan rakaman video yang menjadi tular itu.

 

“Saya hanya melihat video tapi belum menerima laporan penuh dari balai terbabit, begitupun saya sahkan memang ada pintu kaca di balai terbabit yang pecah,” katanya ketika dihubungi.

Begitupun, ketika diminta mengulas mengenai kehadiran hantu di balai terbabit, beliau menolak dengan menganggap kejadian itu mungkin terjadi akibat tiupan angin.

Sumber: Metro



Sumber Video Balai Polis Banda Hilir diserang makhluk halus sampai pintu masuk kaca pecah!

Post a Comment

Previous Post Next Post