Video lucu pembaca berita terkejut baru sedar kamera sudah berbalik kepadanya

Dibawah ini merupakan detik lucu apabila seorang pembaca berita dari ABC News 24 menggelabah apabila sedar bahawa kamera sudah berbalik semula kepadanya sedangkan dia masih leka bermain pen.

Pembaca berita yang dikenali sebagai Exelby itu kelihatan leka bermain pen apabila kamera sudah dibalikkan semula kepadanya.

Boleh dianggarkan, Exelby mengambil masa 3 saat untuk menyedari kamera sudah menunjukkan mukanya sebelum membuat respon menggelabah.

Namun, dia berjaya mengawal perasaan dan masih berjaya menyambungkan berita ke bahagian sukan.

“Sekarang ke bahagian sukan bersama Meredith Sheehan,” kata Excelby sambil kelihatan sedikit menggeletar.

Ini bukan kali pertama Excelby menjadi tumpuan ramai disebabkan benda-benda seumpama ini. Pada 2013, dia pernah dirakam tergelak ketika menyampaikan laporan berita satu tragedi tragis.

Sumber: Siakapkeli



Sumber Video lucu pembaca berita terkejut baru sedar kamera sudah berbalik kepadanya

Post a Comment

Previous Post Next Post