Aaron Aziz sanggup makan ubat tahan sakit dari dibedah kerana takut jarum dan pisau

Aktor Aaron Aziz lebih rela bergantung dengan ubat-ubatan berbanding melakukan pembedahan bagi merawat penyakit saraf membabitkan urat di bahu kirinya.

.

Memetik laporan Utusan, Aaron berkata, penyakitnya menjadi lebih serius sewaktu dia mahu mendukung anaknya pada awal tahun ini sehingga menyebabkan bahu dan tangan kirinya berasa kebas.

“Saya mula perasan dengan penyakit ini ketika mengacarakan program realiti Fear Factor Malaysia musim pertama dan pada awalnya cuma menganggap lenguh-lenguh biasa.

“Lama kelamaan kesakitannya semakin terasa setiap kali saya mengangkat barang berat. Selepas berasa kebas waktu saya mendukung anak, terus isteri saya bawa ke hospital untuk membuat rawatan.

“Doktor menasihatkan saya lakukan pembedahan untuk memperbetulkan urat-urat yang telah tersepit tetapi buat masa ini saya lebih rela bergantung dengan ubat yang dibekalkan bagi mengurangkan rasa sakit,”, katanya yang mengidap penyakit tersebut sejak tahun 2012.

Pada masa yang sama, Aaron mengakui dia tidak sukakan suasana berada di dalam hospital dan takutkan jarum apatah lagi pembedahan yang menggunakan pisau.

Walaupun sedang berhadapan dengan penyakit tersebut, Aaron tidak menghentikan aktiviti lakonannya cuma mengurangkan aksi lasak sahaja.

 

Sumber: MD



Sumber Aaron Aziz sanggup makan ubat tahan sakit dari dibedah kerana takut jarum dan pisau

Post a Comment

Previous Post Next Post