Ambil wuduk sebelum curi tabung masjid

SEORANG lelaki berpura-pura mengambil wuduk ketika jemaah lain bersiap untuk mengerjakan solat, namun dia mempunyai niat lain iaitu mencuri wang tabung masjid serta pelbagai barangan lain di Masjid Jamek Permatang Binjai, Kepala Batas.

Kegiatan licik lelaki berusia 25 tahun yang menetap di kampung berhampiran itu dikesan dilakukan di masjid berkenaan sejak sebulan lalu.

Difahamkan, sejak kelibat lelaki berkenaan kelihatan di masjid itu, jemaah menyedari beberapa barangan serta wang tabung hilang lalu membuat intipan sejak beberapa hari lalu.

Imam masjid berkenaan, Md Desa Sulaiman, 50-an, berkata, kejadian terbaru berlaku jam 8.40 malam kelmarin apabila lelaki terbabit datang ke masjid dengan menaiki basikal dilihat turut mengambil wuduk ketika jemaah lain bersiap mahu solat Isyak.

Katanya, kebetulan seorang jemaah ternampak kelibat lelaki berkenaan mengumpil tempat duduk motosikal diletakkan di pekarangan masjid ketika jemaah lain solat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Ambil wuduk sebelum curi tabung masjid

Post a Comment

Previous Post Next Post