‘Budak Hingusan’ Tak Takut, Syed Saddiq Ajak Khairuddin Berdebat Depan-Depan

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjemput orang kuat Tun Dr Mahathir, Datuk Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk bersemuka dan berdebat.

Pelawaan dikemukakan oleh Syed Saddiq selepas Khairuddin mengelarkannya sebagai budak hingusan yang masih mentah dalam politik dan tidak layak mengkritik dan mencabar Naib Presiden PPBM, Hamidah Othman untuk meletakkan jawatan parti.

“Kalah betullah saya ini budak hingusan, patahkan hujah saya. Mari berdialog. Tidak perlu berselindung disebalik faktor umur.

“Saya tidak akan diam bila saya melihat salah laku,” ujarnya dipetik kenyataannya di Facebook, malam  tadi.

Khairuddin semalam membidas Syed Saddiq selepas mencabar Hamidah untuk melepaskan jawatannya dari parti kerana menjadi punca tindakan ahli PPBM Perak keluar secara beramai-ramai.

“Saya tahu dia (Hamidah) dalangnya. Saya cakap terus terang, saya mahu Hamidah letak jawatan.

“Dia perlu berhenti menjadi pengecut dengan menghantar askar-askarnya dihadapan dan mengorbankan ramai orang yang baik demi objektif peribadinya.

“Jika anda berada didalam parti kerana jawatan, sila berambus,” ujarnya lapor Free Malaysia Today.

Khairuddin yang meninggalkan parti selepas hanya beberapa minggu bersama PPBM kemudiannya membidas Syed Saddiq kerana tindakannya itu akan membuatkan lebih ramai pihak menyampah dengan parti teraju Dr Mahathir selaku Pengerusi itu,

“Cabar mencabar bukan caranya untuk selesaikan kemelut terkini dalam PPBM (BERSATU). Budak hingusan ini jangan terlalu angkuh kerana dia terlibat dalam politik hanya setahun jagung saja,” tegasnya.

Selain menggesa isu ini ditangani secara profesional, Khairuddin turut mempersoalkan kemampuan Syed Saddiq mengetuai sayap pemuda PPBM selaku Ketua Armada.

“Banyak ilmu politik lagi yang Syed Saddiq harus pelajari. Dia ini hakikatnya tak sehebat mana pun tapi cakap saja pandai,” kata Khairuddin sinis.

Membidas kembali kenyataan penyelaras gerakan Deklarasi Rakyat itu, Syed Saddiq berkata sayap Armada PPBM sudahpun ditubuhkan di setiap negeri seluruh negara.

“99% ARMADA Bahagian (Lebih 160 bahagian) di seluruh semenanjung telah pun berjaya ditubuhkan

“Pelantikan EXCO pusat berdasarkan keupayaan dan merit. Kami ada wakil profesional, mat motor, golongan OKU, Non-Malay/Bumi, Pemimpin Mahasiswa, Tokoh belia dan lain-lain.

“Jentera ARMADA sedang dilatih setiap hari untuk bersiap sedia untuk PRU. Bulan ramadhan ni saya akan buat lawatan kerja dari Johor sampai ke Perlis untuk meninjau persiapan mereka,” ujarnya lagi.

 

Sumber: MD



Sumber ‘Budak Hingusan’ Tak Takut, Syed Saddiq Ajak Khairuddin Berdebat Depan-Depan

Post a Comment

Previous Post Next Post