Majlis Fatwa Kebangsaan didakwa tersalah berikan fatwa mengenai hukum cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Pas punyai sebab kukuh untuk mengatakan bahawa GST itu haram.
“Terdapat tiga sebab utama jika kerajaan ingin mengenakan cukai kepada rakyat iaitu pertama, jika pendapatan negara kurang.
“Kedua, jika pendapatan negara kurang bukan disebabkan oleh ketirisan yang berlaku di negara dan yang ketiga, cukai harus dikutip dari orang kaya sahaja.
“Maka, disebabkan syarat ketiga ini yang dilihat bercanggah dengan pendirian Islam.kerana pelaksaan GST itu merangkumi semua pihak,”katanya ketika ucapan penggulungan pemimpin Muktamar kali ke-63, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, sebelum GST dilaksanakan, banyak kajian telah dijalankan secara terperinci untuk terperinci untuk melihat tahap keperluannya.
Menurutnya, pelaksanaan GST adalah untuk memenuhi tujuan ekonomi, sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, rekreasi, kebajikan serta keselamatan, justeru, kerajaan dibenarkan mengutipnya untuk memenuhi kepentingan umum.
Tambahnya lagi, dasar GST ini tidak bertepatan dengan Islam dan meminta agar kerajaan membatalkannya.
“Ada yang bertanya, cukai apa yang boleh dikenakan pada rakyat jika bukan GST.
“Di sini kami berikan cukai-cukai yang boleh dikenakan khas buat orang kaya iaitu cukai simpanan korporat dan cukai jual beli saham,” katanya lagi.
Justeru, beliau mendakwa Pas tetap dengan keputusan mereka mengatakan GST itu adalah haram.
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa Pas konsisten dengan pendirian, GST patut dihentikan,”tambahnya lagi
Sumber: Sinar
Sumber GST itu haram, Majlis Fatwa Kebangsaan tersalah berikan fatwa – PAS