Kementerian cadang penggiat seni diberi kelonggaran bayar cukai kerana pendapatan mereka tak tetap

Isu bayaran cukai yang melibatkan karyawan dan penggiat seni tanah air sering menjadi topik utama di media massa. Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia ada mencadangkan supaya golongan tersebut diberikan kelonggaran untuk pembayaran cukai berikutan pendapatan mereka yang tidak tetap.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata,  pihak LHDN perlu memberikan penerangan yang jelas mengenai pembayaran cukai agar tidak menimbulkan kekeliruan di masa depan.

Oleh itu, kementerian mencadangkan diberikan fleksibiliti berkaitan pembayaran cukai kerana karyawan dan penggiat seni adalah profesion yang berbeza dengan pekerjaan yang lain.

Kementerian cadang penggiat seni diberi kelonggaran bayar cukai kerana pendapatan mereka tak tetap

Kementerian cadang penggiat seni diberi kelonggaran bayar cukai kerana pendapatan mereka tak tetap

Datuk Seri Dr . Salleh mengulas mengenai perkara itu ketika menghadiri Majlis Sepetang Mesra bersama karyawan seni anjuran LHDN dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini hari ini.  Kira-kira 200 karyawan seni hadir termasuk Datuk Norman Abdul Halim (KRU), Datuk Ziela Jalil dan Datuk Yusof Haslam.

Dalam majlis itu turut diadakan sesi dialog antara karyawan seni dengan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

 

Via: BN



Sumber Kementerian cadang penggiat seni diberi kelonggaran bayar cukai kerana pendapatan mereka tak tetap

Post a Comment

Previous Post Next Post