Kerana rokok sebatang, lelaki ini dipenjara 9 tahun

Gara-gara sebatang rokok, seorang lelaki Britain terpaksa meringkuk di dalam penjara lebih sembilan tahun kerana membahayakan nyawa ramai orang.

Lelaki itu, John Cox didapati bersalah oleh mahkamah di Birmingham atas kesalahan menyebabkan kebakaran dengan cuai dan pada mulanya dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun dan enam bulan pada Januari lalu.

Namun Mahkamah Rayuan pada Khamis, menyifatkan hukuman itu terlalu ringan dan mengubah hukuman Cox kepada sembilan tahun dan enam bulan.

Ini kerana Cox menyalakan rokok di dalam tandas sebuah pesawat dan membuang puntung rokok tanpa dipadamkan ke dalam tong sampah kapal terbang itu.

Tindakannya itu menyebabkan penggera pesawat Monarch Airbus berbunyi dan memaksa kapten penerbangan membuat panggilan kecemasan sebelum melakukan pendaran cemas selepas krew gagal memadamkan api.

Kejadian itu berlaku ketika Cox menaiki penerbangan dari Birmingham ke Sham el-Sheikh di Mesir pada ketinggian 30,000 kaki, Ogos 2015.

Selepas pesawat itu mendarat, Cox ditahan pihak berkuasa Mesir dan dibawa pulang ke Britain untuk tindakan lanjut.

Mahkamah mendapati, Cox berada dalam keadaan mabuk ketika menaiki pesawat itu dan bertindak agresif serta menggangu penumpang dan krew pesawat.
Sumber: MStar



Sumber Kerana rokok sebatang, lelaki ini dipenjara 9 tahun

Post a Comment

Previous Post Next Post