Luahan Hati Nora Sambut Ramadhan Tanpa Suami Buat Netizen Sebak

Genap tiga bulan komposer serta suami kepada penyanyi Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi pergi menghadap illahi.

screen-shot-2017-05-26-at-1-00-26-pm

Selepas permegian suami tercinta, Nora kerap dilihat meluahkan serta berkongsi perasaannya menerusi akaun Instagram miliknya.

Terbaru Nora telah meluahkan perasaannnya di Instagram bahawa beliau bakal menyambut kedatangan Ramadhan buat pertama kalinya tanpa suami disisi.

unnamed-1

unnamed

Tetapi dalam luahannya kali ini, Nora kelihatan lebih tabah serta sudah menerima takdir yang berlaku dalam hidupnya.

Katanya dalam kapsyen yang panjang lebar itu, beliau tidak mahu menangis lagi, dan sekarang beliau adalah seorang ibu tunggal yang lebih kuat.

Nora juga sempat berterima kasih kepada peminat serta sahabat yang tidak putus-putus memberi semangat dan nasihat kepadanya untuk meneruskan hidup.

 

Sumber: Suria



Sumber Luahan Hati Nora Sambut Ramadhan Tanpa Suami Buat Netizen Sebak

Post a Comment

Previous Post Next Post