Mengejutkan.. aplikasi arah kiblat tersasar 45 darjah!

Kebanyakan aplikasi penunjuk arah kiblat dalam telefon bimbit didapati tidak menunjukkan arah dengan tepat dan boleh menimbulkan kebimbangan umat Islam.

Lapan daripada 10 aplikasi penunjuk arah kiblat dalam telefon bimbit tersasar dari arah Kaabah. — Foto Reuters

Berdasarkan ujian 10 aplikasi, hanya dua iaitu myJakim dan Qibla Kaabah menepati arah, manakala tujuh lagi tersasar antara lima hingga 10 darjah kiri dan kanan dari arah kiblat, lapor Berita Harian.

Satu lagi aplikasi popular yang dimuat turun lebih sejuta pengguna tersasar lebih 45 darjah kanan, hasil ujian akhbar itu dengan kerjasama Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM).

Yang dipertua persatuan itu menasihati orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada aplikasi itu kerana ia mempunyai kelemahan, ataranya gangguan tarikan medan magnet.

“Walaupun sudah ditentu ukur, ketepatan arah kiblat menggunakann aplikasi itu boleh dipertikai kerana terdapat gangguan dan kelemahan lain seperti medan magnet.” kata Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

“Peralatan dan sumber elektrik yang berada di sekitar kawasan juga mengganggu fungsi kompas kerana setiap wayar peralatan itu akan mengeluarkan medan elektrik.

“Gangguan terbesar adalah besi yang berada di sekeliling dan walaupun kita tidak melihat kewujudan besi, di dalam setiap bangunan atau lantai mempunyai besi yang tertanam.

“Gangguan yang tidak nampak inilah menjadi kelemahan terbesar aplikasi berkenaan,” tambahnya.

Lebih membimbangkan, wujud dakwaan aplikasi terbabit dihasilkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Malah pihak ini sengaja menghasilkannya dengan tidak menghala ke Kaabah bagi tujuan tertentu, lapor akhbar itu lagi.

“Terlalu banyak aplikasi ini sehingga boleh didapati dengan mudah dan percuma, malah kita tidak tahu aplikasi mana yang sudah diiktiraf dan pada masa sama atas dasar apa serta formula apa aplikasi ini diwujudkan,” kata Syed Kamarulzaman lagi.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Mengejutkan.. aplikasi arah kiblat tersasar 45 darjah!

Post a Comment

Previous Post Next Post