Ratu cantik Miss Black University of Texas dikecam kerana kulit tak cukup hitam

Rachael Malonson, 22, sepatutnya berasa gembira kerana berjaya dinobatkan sebagai Miss Black University of Texas namun lain pula yang berlaku apabila dia dikritik hebat oleh orang ramai.

Ratu cantik Miss Black University of Texas dikecam kerana kulit tak cukup hitam

Ratu cantik Miss Black University of Texas dikecam kerana kulit tak cukup hitam

Ini kerana Rachael, 22, dikatakan tidak cukup gelap untuk memegang gelaran ratu cantik tahunan berkenaan.

Kecaman itu diterimanya sebaik sahaja dia dinobatkan sebagai pemenang hanya semata-mata kerana dia berkulit agak cerah.

Rachael yang lahir daripada perkahwinan campuran dengan bapanya berkulit hitam manakala ibunya berkulit putih bagaimanapun tidak ambil kisah dengan kecaman terbabit.

 

“Saya terpaksa menjelaskan mengenai diri saya walaupun selepas menerima gelaran ini dan terdapat pihak yang mahu saya membuktikan siapa diri saya.

“Hanya kerana saya memiliki rambut lurus tidak bermakna saya bukan hitam….saya tidak perlukan wajah tertentu untuk menunjukkan saya hitam,” katanya.

Rachael merupakan penuntut bidang penyiaran dan kewartawanan di Universiti Texas.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Ratu cantik Miss Black University of Texas dikecam kerana kulit tak cukup hitam

Post a Comment

Previous Post Next Post