“Saya harap saya mati dalam keadaan masih kekal dalam Umno selain mati dalam iman” – Annuar Musa

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, ‘iman politiknya’ tidak goyah dalam Umno walaupun terdapat seruan supaya beliau meninggalkan parti keramat Melayu itu.

Annuar Musa

Katanya, walaupun beberapa gelombang politik bergelora dalam Umno termasuk bekas bosnya Tun Dr Mahathir keluar parti, namun beliau tidak terpengaruh mengikuti jejak langkah tersebut.

“Alhamdulillah saya tidak goyah dan tergelincir dengan gelombang PKR, Mahathir.

“Saya bersyukur sambil menoleh kebelakang saya masih ada daya ketahanan dan kalaulah ada hayat saya empat, lima tahun berbaki biarlah saya selain mati dalam iman (syahadah). Saya juga harap mati dalam keadaan saya masih kekal dalam Umno dan BN ,” katanya semasa berucap di program pengumuman pemenang pertandingan ‘Kit Siang rasis’ di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yakin bahawa perjuangan Umno benar benar berlandaskan agama, bangsa dan negara.

“Umno memperjuangkan agama, dan istiqamah dalam menegakkan kebenaran,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar  turut mengingatkan ahli parti supaya tidak malu dan rendah diri ketika berjuang  dalam Umno.

“Jangan rendah diri tidak bertempat kita perlu rasa bangga.Ada orang tanya tan sri setiap hari saya pakai baju BN, hari-hari pakai baju dacing saya kata memang saya bangga dengan Umno dan BN saya tidak malu pakai ketika naik kapal terbang dan naik motosikal.

“Saya kata itu anda nampak ada pada baju tapi kalaulah anda boleh belah dalam hati saya darah yang mengalir dan jantung yang berdenyut ini dalamnya penuh dengan semangat Umno,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Saya harap saya mati dalam keadaan masih kekal dalam Umno selain mati dalam iman” – Annuar Musa

Post a Comment

Previous Post Next Post