Zero dapat tempat ke-4 MLM2017, peminat tak puas hati

Jumaat lalu telah berlangsungnya pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2017 yang menyaksikan kumpulan Bocey dinobatkan sebagai juara untuk tahun kedua berturut-turut.

Tempat kedua disandang oleh kumpulan Shiro, manakala tempat ketiga dimenangi oleh satu-satunya peserta solo pada malam itu iaitu Dzawin yang berasal dari Indonesia.

_20170507_163134

Walaubagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati apabila kumpulan kegemaran ramai, Zero sekadar menduduki tempat keempat.

Kumpulan yang dianggotai oleh tiga beradik yang berasal dari Sabah itu dilihat mampu untuk meraih kedudukan tiga teratas dan antara yang disebut-sebut untuk dinobatkan sebagai juara.

zero

Kalau diikutkan dari segi konsistensi, kumpulan Zero boleh dianggap antara yang paling cemerlang kerana hampir setiap minggu mendapat pujian juri dan penonton.

Ramai netizen yang meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial apabila kumpulan kesayangan mereka itu tidak meraih kedudukan tiga teratas.

_20170507_163348

_20170507_163317

 

 

 

 

 

 

 

_20170507_163219

Sumber: Suria



Sumber Zero dapat tempat ke-4 MLM2017, peminat tak puas hati

Post a Comment

Previous Post Next Post