“Boleh cium isteri, ‘ringan-ringan’ ketika puasa selagi tidak bersetubuh” – Mufti

Seorang lelaki yang berpuasa boleh berkucupan dan “ringan-ringan” dengan isterinya selagi tidak bersetubuh, kata mufti Perlis.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan seseorang elok mengelak bercium dengan isteri ketika puasa jika gagal mengawal keinginan seks. — Foto oleh Choo Choy May

Menjawab satu soalan kepadanya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata seseorang elok mengelak berbuat demikian jika gagal mengawal keinginan seks.

“Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan,” coretnya di Facebook.

“Jika dia tahu bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan ‘kemesraan yang lain’.”

Beliau memetik satu hadis riwayat Bukhari yang menyatakan nabi pernah bermesraan dan mencium isterinya ketika sedang berpuasa.

Bersetubuh dan mengeluarkan air mani boleh membatalkan puasa seseorang. Selain itu, mereka yang mengadakan seks di waktu puasa dikenakan kafarat.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “Boleh cium isteri, ‘ringan-ringan’ ketika puasa selagi tidak bersetubuh” – Mufti

Post a Comment

Previous Post Next Post