ALOR SETAR, 24 Jun — Seorang pelajar tingkatan tiga di sini ditahan polis selepas menunggang motosikal bapanya menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Gatal tukar nombor plat, budak tunggang motor ‘curi’
Jurucakap polis berkata pelajar berkenaan ditahan 2.30 pagi tadi selepas cuba melarikan diri bersama rakan-rakannya.
“Pada mulanya, pelajar terbabit menggunakan alasan keluar untuk membeli baju raya tetapi keadaannya mencurigakan.
“Apabila pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini, dia mengaku mengambil motosikal terbabit tanpa pengetahuan bapanya.
“Kita sudah memaklumkan penjaganya dan pelajar terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Polis berkata hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran digunakan adalah sebuah motosikal yang pernah dilaporkan hilang.
Sumber: Malay Mail
Sumber Gatal tukar nombor plat, budak tunggang motor ‘curi’