Hina kaum wanita, Pengarah Uber letak jawatan

PENGARAH Uber Technologies Inc, David Bonderman mengumumkan pengunduran beliau dari ahli lembaga syarikat.

Hina kaum wanita, Pengarah Uber letak jawatan

Hina kaum wanita, Pengarah Uber letak jawatan

Menurut laporan Reuters, pengunduran tersebut dibuat akibat komen yang dianggap menghina kaum wanita oleh David dalam satu mesyuarat kakitangan.

Komen dari David tersebut juga dibuat ketika mesyuarat berkenaan membincangkan mengenai transformasi yang perlu dilakukan Uber selepas syarikat berkenaan disiasat mengenai kes serangan seksual.

 

Dalam mesyuarat tersebut, seorang ahli lembaga, Arianna Huffington bertanya mengenai keperluan menambah ahli lembaga wanita dalam barisan lembaga.

David kemudian memberikan komen berbaur seksis sebagai respon kepada soalan Arianna.

Komen tersebut didedahkan melalui sebuah rakaman dan seorang jurucakap Uber mengesahkan rakaman tersebut.

David kemudian meluahkan rasa kesal dan mengatakan komen beliau berkenaan adalah ‘cuai, tidak sesuai dan tidak boleh dimaafkan’.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya,” kata David.

Sumber: Sinar



Sumber Hina kaum wanita, Pengarah Uber letak jawatan

Post a Comment

Previous Post Next Post