Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik

Sebuah pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal.

Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik

Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik

Seorang penumpang ketika ditemui berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.

Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

Jurucakap lapangan terbang itu berkata, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth.

” Ia disahkan sebagai kerosakan teknikal. Pasukan kecemasan telah diarahkan bersiap sedia susulan kejadian itu tetapi tiada sebarang perkara lebih serius berlaku” , katanya.

Ini adalah kali kedua membabitkan pesawat Airbus A330 di Australia bulan ini, selepas sebuah pesawat milik China Eastern membuat pendaratan cemas di Sydney.

Ia susulan penemuan sebuah lubang besar pada penutup enjin pesawat terbabit. -AFP

Via: BH



Sumber Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik

Post a Comment

Previous Post Next Post