Lebih 700,000 bujang terlajak di Malaysia sambut raya tanpa pasangan

KUALA LUMPUR – Lebih 700,000 orang bujang terlajak di Malaysia menyambut Aidilfirti dan perayaan-perayaan penting lain tanpa suami dan isteri di sisi tahun ini.

Lebih 700,000 bujang terlajak di Malaysia sambut raya tanpa pasangan

Lebih 700,000 bujang terlajak di Malaysia sambut raya tanpa pasangan

Berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima pada 2014, hampir 600,000 lelaki dan wanita di negara ini yang berusia 30 hingga 49 tahun lebih selesa membujang walaupun mereka mampu untuk berkahwin.

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pula mendedahkan lebih 100,000 rakyat Malaysia berusia lebih 60 tahun masih tidak berkahwin dan hidup sebatang kara tanpa keluarga.

Pakar Sosiologi, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, antara alasan utama penduduk bujang tidak mahu berkahwin adalah selesa membujang, sudah berusia, tiada calon sesuai dan mempunyai masalah kewangan.

Katanya, disebabkan status hidup berseorangan itu, sudah menjadi kebiasaan pada musim perayaan pasti ada ahli keluarga yang bertanya atau mengusik bilakah si teruna atau si dara akan menamatkan zaman solo mereka.

“Bagi wanita, sebab utama mereka tidak mahu berkahwin adalah kerana sudah selesa hidup membujang, di­ikuti dengan ke­sukaran mencari calon yang sesuai dan menganggap diri sudah berusia untuk berkahwin.

“Berbeza bagi lelaki, mereka memilih untuk tidak berkahwin kerana mempunyai masalah kewangan selain merasakan diri sudah terlalu tua untuk berkahwin. Mereka lebih selesa hidup bersendirian,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sumber: Kosmo



Sumber Lebih 700,000 bujang terlajak di Malaysia sambut raya tanpa pasangan

Post a Comment

Previous Post Next Post