Memalukan! Anak perempuan menteri Malaysia jadi imam masjid liberal

Imam wanita di masjid “liberal” di Berlin seorang penggubah muzik terkenal dan anak bekas wakil rakyat Malaysia.

Ani Zonneveld sewaktu menghadiri sidang hak asasi di Geneva pada 9 Jun 2016 seperti dimuatkan di laman Twitter beliau.

Ani Zonneveld baru-baru ini dilaporkan menjadi imam di masjid kecil sempena nama dua tokoh besar Ibnu Rushd dan Johann Wolfgang von Goethe.

Ani, atau Zuraini Abdul Khalid, menang anugerah Grammy melalui One Friend dan I’m Your Mother Too nyanyian Keb’ Mo’ pada 2001 dan 2004.

Beliau juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) di sini pada tahun 1999 dan 2004, kedua-duanya album Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Selain diplomat, bapanya Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman memegang jawatan menteri muda luar bandar dan ahli parlimen Kota Star Utara, lapor Kosmo!.

Zuraini, menggunakan nama pena Zuriani, menghasilkan album bertema muzik kerohanian berjudul Ummah Wake-Up selepas tragedi 11 September 2001.

Album beliau itu, yang aktif di Los Angeles melalui badan Muslim untuk Nilai Progresif, memuji Islam dan membangkit elemen progresif bertujuan meningkatkan kesedaran tentang agama keamanan.

Mengikut Kosmo! lagi, Ani pernah bekerjasama dengan artis terkenal tanah air, antaranya Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Aishah dan Liza Hanim.

Ziana mengakui bekerjasama dengan Zuraini ketika pembikinan album Anggapanmu dan Color of Love tetapi “tidak serapat mana.”

“Jujurnya dia orang baik, penyayang, suka mengambil berat dan minat dalam apa yang dilakukan,” katanya kepada akhbar itu.

Enggan mengulas isu Zuraini menjadi imam, Ziana berkata beliau berdoa agar komposer itu bertemu “orang yang boleh membantunya.”

Zuraini menjadi perhatian setelah namanya dilaporkan sebagai seorang imam di Masjid Ibnu Rushd-Goethe yang dianggap membawa mesej “Islam liberal.”

Jumaat lalu, masjid itu membenarkan jemaah lelaki dan wanita bersolat bersebelahan selain berimamkan seorang wanita.

Diasaskan oleh tujuh individu, masjid ke-88 di ibu negara Jerman terletak di tingkat tiga sebuah bangunan gereja Protestan, lapor AFP.

Semua penganut mazhab Islam, termasuk Syiah, sufi dan Alawi, dibenarkan bersolat di sini. Golongan gay dan lesbian juga diizinkan bersolat.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Memalukan! Anak perempuan menteri Malaysia jadi imam masjid liberal

Post a Comment

Previous Post Next Post