“Orang kata padan muka dan gelak kepada saya” – Datuk Red menggatal, Adira yang dikecam netizen

HANYA kerana suaminya, Datuk Red mengakui berhubungan dengan wanita lain selepas perbualan teks mereka tersebar meluas, tidak semena-mena Adira turut diheret sekali.

"Orang kata padan muka dan gelak kepada saya" - Datuk Red menggatal, Adira yang dikecam netizen

“Orang kata padan muka dan gelak kepada saya” – Datuk Red menggatal, Adira yang dikecam netizen

Sudah maklum tentang kewujudan wanita lain di dalam hidup suaminya itu, Adira nampaknya memilih untuk tidak merumitkan kehidupannya dan ‘redha’ saja dengan apa yang berlaku.

Namun, itu hanyalah pada dasarnya. Jauh di sudut hati, siapa yang tidak terkesan apabila dicaci dan dihina orang yang tidak dikenali di laman sosial, apatah lagi apabila ada yang mengatakan inilah akibatnya kerana ‘merampas’ suami orang dahulu.

Bagaimanapun, Adira tetap tenang menghadapi dugaan ini dan tidak pernah sekali pun menyalahkan suaminya.

 

“Apabila kejadian seperti itu berlaku, kesannya adalah kepada saya. Orang akan kata padan muka dan gelak kepada saya. Saya bukan nak salahkan suami. Bukan saya tidak percaya, saya percaya dia boleh jaga diri, cuma apabila berlaku begini, nama saya yang dikaitkan sama.

“Apa yang negatif semua pergi kepada saya, itu yang buat saya sedikit terkilan. Memang tidak mati kalau kena kata-kata negatif sebegitu, tetapi saya masih ada keluarga dan masih ada mak. Apabila mereka kata bukan-bukan, seolah-olah saya ini jahat sangat,” katanya, memetik laporan sebuah akhbar.

Menurut Adira, hubungannya dengan suami tidak mempunyai sebarang masalah dan berjalan seperti biasa.

Tentang persiapan Aidilfitri pula, Adira berkata dia bakal beraya dengan anaknya di kampungnya di Ranau, Sabah manakala Datuk Red beraya bersama isteri pertama dan anak-anak mereka.

Sebenarnya, orang luar tidak sepatutnya campur tangan urusan rumah tangga mana-mana pihak meskipun insan itu merupakan seorang public figure. Daripada maki-maki orang yang tidak dikenali di media sosial, lebih baik doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “Orang kata padan muka dan gelak kepada saya” – Datuk Red menggatal, Adira yang dikecam netizen

Post a Comment

Previous Post Next Post