Pembunuhan ngeri Pengkalan Lebai Man: Mayat dipotong kemas 6 bahagian, tak jejaskan organ dalaman

SUNGAI PETANI – Hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa pembunuhan ngeri di Pengkalan Lebai Man di sini mendapati potongan dilakukan kemas kepada enam bahagian menggunakan objek tajam tanpa menjejaskan organ dalaman, yang diikat dalam karung guni.

Pembunuhan ngeri Pengkalan Lebai Man: Mayat dipotong kemas 6 bahagian, tak jejaskan organ dalaman

Pembunuhan ngeri Pengkalan Lebai Man: Mayat dipotong kemas 6 bahagian, tak jejaskan organ dalaman

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kesemua anggota badan terbabit diasingkan kepada tiga iaitu guni pertama mengandungi bahagian kepala hingga ke pusat badan.

Menurutnya, guni kedua mengandungi bahagian badan dari pinggang ke bahagian lutut manakala guni terakhir berisi lengan kedua-dua tangan dan betis kedua-dua belah kaki.

“Proses bedah siasat mengambil masa bermula 11.45 pagi hingga 7.00 malam 13 Jun dilakukan doktor pakar Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa yang merupakan seorang pekerja binaan warga Bangladesh itu ditemui dalam sebuah rumah berkembar satu tingkat dan berpagar dipercayai tempat tinggal si mati dengan rakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Polis kini masih meneruskan siasatan dan giat memburu rakan serumah mangsa,”katanya.

Semalam, media melaporkan mayat Azad Late Mofyanuddin, 38, ditemui dalam rumah selepas polis menggeledah rumah terbabit hasil laporan kehilangan mangsa dibuat teman wanita berusia 31 tahun yang mempunyai kunci pendua.

Polis menghidu bau busuk dan kesan air kehitam-hitaman mengalir dari bahagian belakang bawah kabinet di ruang dapur rumah terbabit.

Mayat si mati kemudian ditemui dalam tiga karung guni yang diikat dipercayai dibunuh sejak 10 Jun lalu.

Sumber: Sinar



Sumber Pembunuhan ngeri Pengkalan Lebai Man: Mayat dipotong kemas 6 bahagian, tak jejaskan organ dalaman

Post a Comment

Previous Post Next Post