Suri rumah diacu pistol, dirompak, dirogol dalam bilik sedangkan suami tengah tidur di ruang tamu

WANITA berusia 34 tahun bukan saja dirompak tiga lelaki, malah dirogol salah seorang suspek di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi ketika mangsa dan suaminya sedang tidur di rumah berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, ketika kejadian suami dan anak lelaki berusia empat tahun tidur manakala mangsa bersendirian di dalam bilik.

“Isterinya dalam keadaan menangis kemudian memaklumkan diacu pistol oleh tiga lelaki dipercayai warga asing dan dirogol seorang daripada mereka,” katanya.

Menurut beliau, suami mangsa kemudian cuba mengejar suspek yang melarikan diri namun gagal.

“Pemeriksaan mendapati tingkap rumah itu diumpil dan dompet berisi kad pengenalan serta wang tunai RM300 turut dilarikan,” katanya.

Kata Mohd Yusoff, polis kini menggerakkan usaha untuk memburu semua suspek berkenaan.

Sumber: Harian Metro



Sumber Suri rumah diacu pistol, dirompak, dirogol dalam bilik sedangkan suami tengah tidur di ruang tamu

Post a Comment

Previous Post Next Post